PERJALANAN DARI KENINGAU KE TAWAU

Seawal jam 2.00 petang saya telah bergegas ke Tawau kerana esoknya ada pertemuan dengan Presiden Majlis Perbandaran Tawau.

Saya mengambil keputusan untuk mencuba melalui jalan yang baru di buka iaitu jalan Keningau ke Tawau. Jalan ini mengambil masa hampir 5 jam. Masa lebih pendek berbanding menggunakan jalan Ranau ke Tawau yang mengambil masa hampir 8 jam. Saya tiba di Hotel Monaco sekitar jam 9 malam setelah berehat sebentar di Restoran Haji Tamrin yang menghidangkan soto banjarnya.

Sekalipun jalan antara Sapulut hingga ke Kalabakan masih belum berturap, namun masa untuk sampai ke Tawau cukup pendek. Bayangkan sekiranya jalan tersebut sudah diturap, mungkin masa lebih pendek. Saya menjangkakan sekitar 4 jam boleh sampai ke pinggir Tawau.

Saya juga melihat potensi dalam bentuk perniagaan sekiranya jalan Sapulut ke Kalabakan siap di turap kelak. Mereka yang paling beruntung adalah penduduk sepanjang jalan Daerah Kecil Sook dan Daerah Nabawan. Tidak kurang juga di kalangan mereka yang menghuni tepian sepanjang jalan menuju ke Kalabakan.

Mungkin ada baiknya pihak PBT berfikir sejenak di luar kotak kebiasaan untuk memajukan tepian lebuh raya yang saya sebutkan tadi. Contohnya, saya dapati sekitar Kampung Tetagas di Daerah Nabawan sesuai dijadikan Pusat Hentian Setempat (One Stop Centre) memandangkan kebanyakan pengguna lebuhraya tersebut tidak akan singgah di Pekan Nabawan.

Dirikan pusat servis seperti gerai, stesen minyak, restoran dan pusat servis kenderaan. Tidak bolehkah?

About these ads

3 responses to “PERJALANAN DARI KENINGAU KE TAWAU

  1. BAGAIMANA DENGAN KESELAMATAN SEMASA PERJALANAN? SESUAIKAH JALAN TERSEBUT DILALUI OLEH MEREKA YANG DAH BERKELUARGA DAN MEMPUNYAI ANAK KECIL? SAYA RASA TAKUT UNTUK LALU DI JALAN TERSEBUT.

    • pustakaalghazali

      Buat Christina, Selamat juga tu.Cuma pastikan segala tools kenderaan cukup. Dan saya nasihatkan kalau berkeluarga pastikan jalana awal pagi untuk keselesaan.

  2. zaiton maidin

    jalan ini selamat kah bagai mereka yang first time mau melalui & adakah jalan ini sperti jalan ranau – tawau maksud nya ramai tak kereta melalui jalan tersebut ?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s