Laman Blog Al-Ghazali

"Kini Maklumat Singkat Hanya Bermula Dari Hujung Jari Kita"

MERANCANG UNTUK BERJAYA

DIkirim oleh pustakaalghazali di 7 Julai 2009

Kelmarin saya bergegas ke Tambunan untuk menyampaikan taklimat mengenai pengambilan pelajar ke Kolej Yayasan Sabah Kota Kinabalu.

Kuota yang diperuntukkan untuk Bahagian Tambunan adalah seramai 15 orang. Namun yang menghantar borang melebihi jumlah tersebut iaitu seramai 22 orang.

Minggu lalu saya telah menulis mengenai kursus yang ditawarkan di Kolej Yayasan Sabah. Sila rujuk artikel berkenaan.

Saya amat kagum dengan minat yang ditunjukkan oleh adik-adik yang datang dari segenap pelusuk kampung di Daerah Tambunan ini.

Minat yang ditunjukkan telah membangkitkan perasaan simpati saya untuk membuat sesuatu pada kumpulan ini bila tiba di pusat pengajian kelak.

Mereka datang bukan dari keluarga yang senang. Namun semangat dan tekad untuk berjaya telah mereka sematkan dalam sanubari mereka.

Kursus peringkat sijil dan diploma ini adalah usahasama antara Kolej Yayasan Sabah dengan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah. Antara matlamatnya adalah bagi membantu anak-anak ahli USIA yang tidak berkemampuan untuk menyambung pelajaran yang mereka minati.

 

Tinggalkan jawapan

XHTML: Anda boleh menggunakan tag ini: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>