MAJLIS HARI TERBUKA MALAYSIA TADAU KAAMATAN 2014


20140614_114837

Tika hujung minggu, saya berkesempatan untuk membawa keluarga untuk melawat Tapak Majlis Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan Peringkat Kebangsaan 2014 yang diadakan di Kompleks Sukan Keningau.
Kebetulan majlis ini diadakan berhampiran dengan rumah kediaman di Keningau, maka tidaklah terlalu gopoh untuk datang bertandang.

Kemuncak majlis ini adalah pada 14 Jun 2014, dan pada mulanya majlis ini diwar-warkan akan dihadiri oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia namun pada saat akhir diwakilkan kepada YAB Ketua Menteri Sabah untuk majlis perasmian penutupan.

Pada sebelah pagi, sempat meninjau beberapa booth pameran yang terletak di dalam kawasan Padang Kompleks Sukan. Kebanyakan booth pameran di kawasan ini adalah dikhaskan kepada jabatan-jabatan kerajaan negeri dan persekutuan, kementerian dan swasta. Selain itu juga booth khas untuk kraftangan produk tempatan banyak mewarnai pameran. Saya lihat usaha murni ini amat wajar diteruskan agar karftangan produk tempatan dapat di martabatkan dan diketengahkan di persada global. Dalam hal ini, sekalung penghargaan kepada Yayasan Sabah di atas inisiatif berkenaan.

Manakala gerai-gerai jualan telah diletakkan di sepanjang jalan Kg. Keningau. Saya kira adalah sekitar 200 meter gerai jualan kiri dan kanan sepanjang jalan tersebut. Tahniah kepada pihak Majlis Daerah Keningau dengan susunan gerai julan tersebut.

Saya difahamkan pada sebelah malam, majlis ini akan dihadiri sekitar 20 ribu orang dari seluruh pelusuk negeri sabah. Secara tidak langsung ini akan meningkatkan ekonomi setempat bukan sahaja untuk pengusaha gerai jualan, pameran malahan para pengusaha hotel dan homestay akan mendapat limpahan pengunjung. Tidak terkecuali pengusaha restoran, gerai dan pasar malam. Kesimpulannya, usaha menganjurkan apa juga acara besar yang memberi impak pulangan ekonomi setempat amatlah disokong penuh.

Juesteru itu sebelum apa juga acara besar seumpama ini diadakan di mana-mana daerah, saya berpendapat kesiap-siagaan masyarakat setempat mempamer dan menjual produk mereka perlu ada. Wajar difikirkan kursus, produk-produk baru dan inovasi terkini untuk warga setempat.

Akhir kata:
Saya amat tertarik dengan inovasi untuk menanam halia menggunakan kaedah fertigasi. Bukan sahaja kelihatan subur malah kualiti juga amat baik.

20140614_115141

20140614_115224

20140614_115505 20140614_115509

20140614_115624

20140614_115927

20140614_115938  20140614_121502

20140614_121516

20140614_121654

20140614_121712

MAJLIS HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2012


Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Sabah akan menganjurkan Majlis Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah pada 07 April 2012 (Sabtu), bertempat di Dewan Saadah Wisma MUIS Kota Kinabalu bermula jam 7.oo pagi.

Majlis Hafazan ini terbahagi kepada  3 kategori;-

1. Tahap pertama dari Juzuk Pertama hingga Juzuk Sepuluh (1-10) yang melibatkan peserta yang berumur 7-25 tahun.

2. Tahap pertama dari Juzuk Pertama hingga Juzuk Dua Puluh (1-20) yang melibatkan peserta yang berumur 7-25 tahun.

3. Tahap pertama dari Juzuk Pertama hingga Juzuk Tiga Puluh (1-30) yang melibatkan peserta yang berumur 7-25 tahun.

* Bagi penyertaan tahap yang pertama akan melibatkan soalan tarannum.

* Bagi penyertaan ketiga akan melibatkan soalan yang berbentuk tafsir dalam juzuk yang keenam.

* Penyertaan adalah terbuka kepada semua Warganegara Malaysia (Bermastautin di Sabah dan peribumi yang beragama Islam), lelaki dan wanita.
 
* Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Urusetia Hafazan melalui No. Telafon 088-317072 (Pejabat Am) atau 013-5410840 (Ustaz Mohd Azlan Haji Bakri) dan  0198529392 (Ustaz Sahifue Rahmat).
 
* Tarikh tutup penyertaan adalah pada 04 April 2012 (Rabu).
* Borang penyertaan boleh didapati di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Sabah.
 
——————–
Link ada kaitan: