RE-UNION SUIS/SMU TAMBUNAN 1972-2015


Tuan Haji Ahmad Darbi Lubis ketika mengisahkan sejarah SUIS Tambunan

Saya terpanggil untuk  membicarakan perihal cadangan untuk mengadakan Re-Union SUIS-SMU Tambunan akan datang.

Cadangan ini banyak mendapat sambutan sahabat-sahabat terutama mereka yang pernah mengecapi peluang menimba ilmu di bawah bumbung kedua-dua sekolah ini. Cadangan dan pendapat datang tidak kira generasi 1970`an, 1980`an, 1990`an dan 2000`an.

Seperkara, SUIS Tambunan pernah mengadakan Re-Union atau Jubli Perak pada tahun 2000.

Ketika itu, sekolah SUIS Tambunan masih di bawah pimpinan Allayarham Tuan Haji Ahmad darbi Lubis.

Pada majlis itu juga, sebuah buku yang mengisahkan sejarah penubuhan SUIS Tambunan telah dicetak sebagai salah satu usaha mengabadikan sejarah sekolah ini pada generasi mendatang. Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana antara ramai-ramai individu yang terlibat menyiapkannya. (Nota: Untuk mendapatkan buku berkenaan sila berhubung dengan Guru Besar SUIS Tambunan)

Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Suhaili Said yang mewakili YB Datuk Haji Lajim Haji Ukin. Saya menjangkakan hampir 1500 orang hadir pada ketika itu.

Kini, di kalangan sahabat ada yang mencadangkan agar diadakan sambutan Re-Union kali kedua. Dalam erti kata lain Sambutan Jubli Emas.

Saya mencadangkan agar diadakan pada tahun 2015!

Namun ramai juga yang menyatakan bahawa 2015 telalu lama, sebaliknya mencadangkan agar diadakan seawal mungkin. Antara cadangannya adalah 2012 dan 2013.

Hakikatnya, Perbincangan ini masih terbuka luas.

Saya mengalu-alukan cadangan sahabat-sahabat sealumni sekalian!

Tuan Haji Naim Majin, Pengerusi ALUMNI SUIS Tambunan

Perarakan ALUMNI SUIS Tambunan dari Dewan Masyarakat Tambunan ke SUIS

LAGENDA BUMI TAMPASAK TAMBUNAN


Hajat hendak kembali ke pejabat pada hari ini.

Namun kuda besi ini (kereta) mengalami bateri weak menyebabkan hajat terbantut. Sempat SMS masaalah kepada Ustaz Musally dan Haji Sotimin. Lega hati mendapat respon yang cepat.

Kereta akhirnya dapat digunakan sekitar jam 12 tengahari. Itu pun setelah membeli bateri kring di Pekan Tambunan dengan pertolongan ipar saya.

Dalam adik dan ipar mengusai masaalah, saya sempat melurukan lensa kamera ke Ulu Kampung Tampasak.

Bukan Kampung yang difokus, tapi GUNUNG NUNUK SIRUNG yang terbentuk indah.

Ia dinamakan GUNUNG NUNUK SIRUNG disebabkan gunung tersebut hampir menyurpai sirung (topi wanita kaum Dusun).

Sebenarnya gunung ini mempunyai lagenda tersendiri yang saya sendiri pun masih belum mendengarnya secara total dari mana-mana pihak. Saya cuba dapatkannya dalam masa terdekat!

Apa pun, saya berbangga kerana kampung ini juga punya lagenda tersendiri!

Gunung Nunuk Sirung di lihat dari jauh

Gunung Nunuk Sirung di lihat dari jauh

Gunung Nunuk Sirung di lihat dari dekat

Gunung Nunuk Sirung di lihat dari dekat

By pustakaalghazali Posted in Lagenda