PECAH PULA!


Dalam perjalan pulang dari Tambunan ke Keningau kereta pula bermasaalah.

Entah bagaimana, sebuah kereta pacuan empat roda yang sekian kali berusaha meng-over take kereta saya akhirnya berjaya berbuat demikian ketika sampai di persimpangan Kampung Merampong Keningau.

Namun, sejurus mendahului tiba-tiba terdengar semacam letupan di sebelah kiri kerusi.  Rupanya cermin kereta saya pecah dan merekah dengan begitu cepat.

Rekahan itu menyebabkan pandangan di hadapan tidak jelas. Lagi pun semacam hendak jatuh dan boleh membahayakan keselamatan.

Saya memberhentikan kereta di persimpangan laluan ke rumah Ustaz Lokman dan meminta pertolongannya untuk membuang pecahan cermin dan seterusnya membawa ke bengkel.

Pagi tadi, jam 11.00 alhamdulllah sudah pun siap.

ZIARAH UKHUWAH KAMPUNG MOGONG, TAMBUNAN


Sewal jam 7.00 pagi bertolak dari Kota Kinabalu ke Pekan Tambunan.

Perancangan untuk bersama-sama dengan AJK Wanita USIA Tambunan untuk ziarah rumah Kak Saidah di Kampung Mogong, dekat dengan Kampung Keranaan.

Bersama-sama dengan sahabat saya, Ustaz Salehudin Rusinin (Abu Miftah), Cikgu Azmi Haji Sidik dan Cikgu Raju Uddin Mohd Ajay ke rumah berkenaan tepat jam 9.30 pagi.

Tujuan ziarah adalah untuk merapatkan ukhuwah disamping menyelami dari hati ke hati permasalahan yang di hadapi tuan rumah yang juga ahli USIA Tambunan.

Majlis dimulakan dengan Bacaan Yaasin, Tahlil dan doa. Seterusnya tazkirah disampaikan oleh Ustaz Salehudin dengan penekanan mengenai permasalahan Aqidah, Ibadah dan isu-isu semasa.

Bagi pihak tuan rumah, Kak Saidah mengucapkan penghargaan atas lawatan tersebut yang sekurang-kurangnya memberikannya semangat dan kekuatan untuk terus dengan jemaah ini.

InsyaAllah, lawatan ke rumah-rumah saudara yang lain akan dilakukan.

TAZKIRAH DWI BULANAN P&I


Alhamdulillah pagi tadi telah berlangsung majlis tazkirah dwi bulanan Bahagian Penyelidikan dan Informasi.

Tazkirah kali ini disampaikan oleh YM Ustaz Musally Moksin selaku big bos di bahagian ini.

Tazkirah berkisar mengenai keperluan menyampaikan ilmu walau sesikit mana pun, yang penting memberi manfaat kepada ummah.

TIDAK MUDAH DILUPAKAN


Selasa lepas (15 Februari 2010) saya singgah ke Pekan Tambunan sebelum ke Kota Kinabalu.

Terasa tiada apa-apa yang besar dilakukan, saya singgah sebentar di Masjid Daerah Tambunan. Maklumlah dah 2 minggu tidak berkunjung ke masjid ini.

Saya mengambil peluang memasuki perkarangan rumah kediaman arwah Tuan Guru Haji Ahmad darbi Lubis.

Sedih dan sayu melihat keadaan rumah yang pernah menjadi kunjungan ramai suatu ketika dulu.  Sekitar tahun 1986-1989, saya sendiri selalu ke rumah ini sama ada atas urusan gotong royong mahupun urusan pelajar pelajaran.

Di rumah inilah, setamatnya peperiksaan darjah 6 SUIS untuk sijil Ibtidaie, saya dan sahabat lain berkerja keras berguru dengan Allahyarham untuk menamatkan pelajaran Isim 14 dan pelajaran berkaitan kaedah-kaedah bahasa arab pada saat-saat akhir untuk melanjutkan pelajaran ke Kelantan.

Maka tidak hairanlah, bilamana sampai ke Kelantan, saya dan tujuh orang kawan terus dinaikkan ke Tingkatan 4. Bayangkan hanya dengan belajar di SUIS Tambunan, sudah berkebolehan meletakkan baris pada kalimah arab yang tidak berbaris:).

Sesuatu yang paling saya tidak lupakan!

Mana sudah hilang sahabat saya Ahmad Sahidi Dulasin (kini cikgu), Sailin Nasin (kini juruteknik), Ramli Ruslan (kini Ustaz) dan lain-lain.

Alhamdulillah, yang saya pasti semua yang pernah berguru di rumah Allahyarham selepas Solat Isyak semua sudah berjaya!.

Kini rumah berkenaan lengang.

Namun berita terkini yang diperolehi, sementara rumah tersebut belum didiami maka ia akan digunakan sebagai pusat aktiviti USIA Bahagian Tambunan. Terutamanya berkaitan pengajian dan pembelajaran.

Saya telah perolehi banyak bahan untuk membukukan perjalanan hidup Allahyarham untuk tatapan generasi mendatang. Doakan semuanya sukses.