APA DOSANYA..


Saya baru sahaja menonton Rancangan 360 kelolaan TV3.

Di penghujung rancangan berkenaan, pengacara siaran Encik Mazidul Akmal Sidek telah memaparkan satu klip video yang dipetik daripada youtube. Dalam petikan video tersebut seorang kanak-kanak (mungkin perempuan) telah menjadi mangsa deraan kejam oleh seorang wanita dewasa. Tidak diketahui sama ada wanita tersebut keluarganya ataupun pembantu rumah.
Namun apa pun statusnya, perlakuan tersebut adalah cukup teruk dan melampaui batas-batas kemanusiaan. Haiwan di luar sana pun tidak memperlakukan kekejaman seumpama ke atas anak-anaknya.

Diperlihatkan bagaimana kanak-kanak tersebut ditendang, diterajang malah dipijak tanpa balas kesihan. Sesiapa pun yang sempat menonton audio visual tersebut pasti akan tersentuh hati, malah perasaan marah dan geram juga ada.

Pada saya, penayangan audio visual tersebut perlu di puji untuk menyedarkan masyarakat ini, bahawa masih ada manusia yang berhati tidak seperti manusia.

Satu usaha dan kaedah drastik perlu dilakukan untuk menghukum manusia sebegini.

Advertisements
By pustakaalghazali Posted in Simpati

A WORKSHOP ON NON-LINEAR DIGITAL VIDEO EDITING


Saya antara yang hadir dalam mengikuti Bengkel di tentang Non-Linear Digital Video Editing yang telah dianjurkan oleh Internet And Computing Central di bawah kelolaan Encik Ismail Haji Osir.

Bengkel ini bermula pada 20-24 April. Pada akhir bengkel ini peserta akan, mahir dalam proses “video-capturing”, menyimpan dan mengurus pelbagai bahan/fail secara digital dalam komputer untuk suntingan video.

kedua, mahir menyediakan jalan cerita (storyboard) menggunakan kaedah yang disediakan oleh aplikasi yang digunakan,

ketiga, mahir menyunting video secara non-linear,

keempat, mahir mangadun audio dan kesan khas kepada video,

kelima, mahir mengeksport projek video yang telah siap disunting kepada pelbagai media sperti CD, Pita, DVD, Blu-Ray Disc untuk tujuan pengedaran / sebaran dan storan, dan

keenam, berkeupayaan menghasilkan projek video yang lengkap.

Jefri Yusof sedang tekun membuat latihan

Jefri Yusof sedang tekun membuat latihan

Sememangnya saya amat meminati bengkel ini kerana berasaskan kemahiran. Saya akan cuba praktikkan ilmu tentang ini untuk kepentingan awam.

SERVE NO PORK..


Sekalipun sudah berkali-kali saya melalui jalan Kimanis-Keningau, namun seperkara yang hanya baru sahaja saya ambil perhatian adalah berkenaan beberapa premis yang terletak di tepi kanan (sekiranya dari arah Kota Kinabalu).

Saya cuma menyebut sebuah sahaja sebab saya setakat ini masih belum berkesempatan singgah di sebuah lagi yang menjadi pusat perhentian bas besar.

Ada sebuah gerai juga merangkap restoran disediakan bagi pengguna jalan tersebut. Pada dinding restoran berkenaan terpampang perkataan “SERVE NO PORK” yang saya cukup ditujukan kepada mereka yang beragama Islam.

Kalaulah pun kenyataan itu benar, namun harus diingat HALALAN TOYYIBA itu. Islam menuntut sesuatu yang halal lagi baik. Perkataan Halal sudah jelas. Baik pula dalam erti kata yang selamat di makan, selamat digunakan, bersih, suci dan apa-apa pun yang sesuiai dengan tuntutan ajaran Islam.

So, waspadalah daripada memasang niat untuk menyantap di sana.