CARA MENGENAL PASTI BARANG DARI KULIT BABI


Saya sempat memetik beberapa artikel daripada pakar howto mengenai babi. Saya memeti beberapa maklumat yang perlu dibaca dan direnungi terutama umat Islam.

Sedikit petikan berita dari Utusan Malaysia tentang selsema babi.

“Angka kematian akibat jangkitan selesema babi di Mexico meningkat kepada 103 orang hari ini ketika 400 orang dimasukkan ke hospital dan kira-kira 1,600 yang lain disyaki dijangkiti penyakit tersebut. Wabak yang berlaku di Mexico sejak beberapa hari lalu ini telah mencetuskan kebimbangan global kerana beberapa kes juga dilaporkan di Amerika Syarikat dan Kanada.Kemungkinan jangkitan juga sedang diperiksa di Eropah, Israel dan New Zealand.


Jutaan rakyat Mexico kini berkurung di rumah dan mereka yang keluar memakai topeng mulut, terutamanya di Mexico City yang menyaksikan kerajaan menghentikan acara awam dan menutup muzium, bar dan stadium dalam usaha mengawal jangkitan.”
– Sumber berita dari Reuters

Menurut berita, disebabkan selsema babi ni, lebih 80 orang di Mexico telah maut. Dan ratusan orang lagi dipercayai telah terkena wabak ini. Cara jangkitannya masih menjadi misteri. Tetapi, menurut ceritanya, ia boleh merebak dan menjangkit dari seorang manusia ke manusia lainnya.

Wabak ini sukar dikesan kerana simptom dan kesan wabak ini hanyalah seperti simptom influenza yang biasa. Yang menakutkannya ialah, ia boleh menyerang sesiapa sahaja, walaupun bagi yang bukan pemakan daging babi. Itu yang diberitakan dalan TV.

Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi ini. Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidaklah mahal mana harganya kalau dibandingkan dengan barangan dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat dimana-mana sebenarnya. Malah banyak juga terdapat di kompleks-kompleks membeli-belah terkemuka.

Cara nak tengok dan kenalpasti barangan yang diperbuat daripada kulit babi ialah :

1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini ada 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK. Cuba belek dan perhatikan, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka memang sah, itu adalah kulit babi. Jadi, jangan gatal tangan main beli jer. Walaupun harganya mungkin jauh lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti ini ;

3 bintik kulit babi

2. Harga barang kulit babi ni biasanya lebih murah dari barangan daripada kulit binatang lain.

3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.

4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kuilt babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.

Sila ambil perhatian pada beberapa visual di bawah agar kita tidak tertipu dengan barangan datang dari wogok  itu.

 Pandangan dari jauh

Perhatikan betul-betul

Lihat titik membentuk tiga segi

Advertisements

PAK GURU KE JOHOR


Semalam saya dimaklumkan oleh sahabat saya Azmi Haji Sidik bahawa guru kesayangan kami, USTAZ HAJI AHMAD DARBI LUBIS bersama beberapa pengiring ke Johor. Pemergian ke Johor bukan untuk suka-suka sebaliknya untuk mendapatkan rawatan kerana masalah komplikasi jantung.

Rawatan ini sudah tentu memerlukan dana kerana di buat di klinik pakar. Saya menyeru pada kawan-kawan yang berkemampuan untuk membantu meringankan beban tok guru kita ini. Apatah lagi kepada sahabat-sahabat yang pernah merasai pendidikan agama di bawah beliau.

Sebarang sumbangan bolehlah berhubung dangan saya atau sahabat saya Azmi Haji Sidik (Tambunan) dan Ustaz Sulaimin Musinin (Keningau).

Semoga dengan bantuan dan sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak menandakan penghargaan ilmu yang beliau curahkan selama ini.

APA SUDAH JADI


Saya terbaca artikel ini melalui akhbar Metro hari ini. Saya akan komen artikel ini kemudian. Saya cuma kepilkan artikel ini untuk tatapan semua pembaca untuk membuat penilaian.

sijil halal palsu

KUALA LUMPUR: Berhati-hati apabila menjamu selera di restoran milik pengusaha bukan Islam berikutan siasatan pihak berkuasa mendapati ada antara sijil halal yang tertera pada premis perniagaan berkenaan palsu dan dibeli daripada pihak tertentu pada harga mencecah RM5,000 sekeping semata-mata untuk menarik kedatangan orang Islam menjamu selera di premis mereka.

Difahamkan, penyebaran sijil akuan halal itu mendapat permintaan tinggi di kalangan pengusaha restoran milik bukan Islam bermasalah berikutan pemilik tidak perlu mematuhi syarat dan prosedur pensijilan halal yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini.

Berdasarkan siasatan, sijil akuan halal yang tidak diiktiraf Jakim itu kini dimiliki hampir 50,000 premis makanan terutama pengusaha restoran bukan Islam di seluruh negara.

Jurucakap Halal Industry Development Corporation (HDC) berkata, pemantauan dan siasatan dilakukan di beberapa premis makanan mendapati sijil halal tidak sah berkenaan diedarkan individu tertentu yang menjualnya untuk mendapatkan keuntungan lumayan.

Menurutnya, sijil halal tidak sah laku itu jauh berbeza dengan sijil halal Jakim yang kini dikeluarkan HDC berikutan ia tidak dipantau atau dikawal selia mengikut garis panduan sepatutnya.

“Pihak yang mengedarkan sijil berkenaan hanya memikirkan keuntungan apabila menjual sijil halal itu tanpa memikirkan sama ada pemilik restoran mematuhi syarat piawaian pensijilan yang harus dipatuhi.

“Sebagai contoh, premis makanan yang memiliki sijil halal seharusnya mendapatkan bekalan bahan mentah seperti ayam dan daging daripada syarikat pembekal yang turut memperoleh sijil halal sah dari rumah sembelihan diiktiraf Jakim atau HDC. Selain itu, pihak premis makanan perlu memastikan tiada bahan masakan yang diragui digunakan selain memastikan aspek kebersihan dijaga,” katanya.

Malangnya, pihak yang mengeluarkan sijil halal sama seperti sijil Jakim atau HDC ini lepas tangan dan tidak pernah melakukan pemantauan berkala.

“Akibatnya ada restoran atau premis makanan ini yang memiliki sijil halal palsu menggunakan bahan masakan diragui halal serta pekerja bukan Islam untuk melakukan tugas memasak selain mengabaikan aspek kebersihan,” katanya.

Jurucakap itu berkata, kelulusan memperoleh sijil halal HDC proses penuh teliti berikutan pemeriksaan mengikut prosedur akan dilakukan auditor syariah dan auditor teknikal (teknologi makanan) bagi memastikan premis terbabit benar-benar layak memiliki sijil halal berkenaan.

Apa pendapat anda?

TITIK PERJUANGAN ORANG DULU-DULU


Ketika berkunjung ke kampung hari ini, saya sempat menyelongkar stor untuk mencari gambar-gambar lama  ayahanda untuk tujuan pembikinan buku sejarah keluarga.

Namun apa yang dicari tidak ketemu, sebaliknya perhatian saya tertumpu pada sebuah buku sejarah perjuangan USIA yang dipimpin oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun. Saya dapati buku berkenaan banyak menceritakan perihal perjuangan beliau dan USIA suatu ketika dulu.

Saya terus mencapai kamera saya lalu mengambil beberapa gambar yang bersejarah untuk tujuan simpanan koleksi. Saya meminta ayahanda untuk menceritakan perihal gerakan dakwah USIA pada zaman kegemilangannya. Ayahanda  telah menceritakan dengan panjang lebar, dengan saya membuat kesimpulan bahawa USIA yang di pimpin oleh Tun telah berjaya mengubah senario Sabah ketika itu.

Ayaanda yang pernah menjadi aktivis USIA sekitar tahun 70`an malah pernah menjadi setiausaha USIA Bahagian Tambunan selama beberapa tahun. Beliau arif  benar serba banyak bagaimana hebatnya perjuangan para pimpinan USIA ketika itu. Beliau dengan penuh semangat menceritakan pengalaman apabila dilempar dengan telur busuk ketika berkonvoi menyampaikan dakwah (atas nama USIA) di sebuah kampung di Daerah Tambunan ketika itu. Walau bagaimanapun, semua halangan tersebut tidak sedikitpun mematahkan semangat aktivis USIA .

Sokongan beterusan daripada pimpinan atasan khasnya Tun Datu Mustapha, telah memberikan banyak dorongan dan semangat kepada para daie yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan jantina ketika itu. Pengislaman beramai-ramai secara serantak  di Daerah Tambunan pada tahun 1972 membuktikan betapa hebatnya USIA dan pimpinannya ketika itu.

By pustakaalghazali Posted in Dakwah