KEGIGIHAN TUAN HAJI FARID LINGGI


Hari ini saya telah dikunjungi oleh sahabat baik saya Tuan Haji Farid Linggi.

Walaupun sudah bersara namun semangat dalam bidang penulisan tetap diteruskan

Walaupun sudah bersara namun semangat dalam bidang penulisan tetap diteruskan

Beliau dilahirkan pada 22 Disember 1943, di Keningau, Sabah. Berpegang kepada prinsip “BUDAYA MEMBACA & MENULIS” telah menguatkan iltizam beliau untuk menjadi seorang pengarang sehingga ke hari ini. Dari segi akademik, beliau memperolehi Sarjana Sains Dalam bidang Pendidikan (M.Sc.Ed), pada tahun 1979, dari Universiti Carbondale, Illinois, USA.

Dalam  arena pekerjaan, beliau mempunyai pengalaman yang luas sebagai seorang guru, pensyarah, dan pentadbir. Pada tahun 1967, beliau bertugas sebagai Penolong Kanan dan bersama-sama Pengetua telah membuka dan membangunkan sekolah baru iaitu SMK Putatan. Seterusnya menjawat jawatan Pengetua di SMK Bingkor (1971-1973), pensyarah di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur (1974) dan pensyarah Maktab Perguruan Kent, Tuaran, sebagai Ketua Jabatan Bahasa Inggeris (1975-1977). Antara tahun 1977 hingga 1978, bertugas sebagai Pnolong Setiausaha Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Sabah. Kecemerlangan dalam tugasnya, membolehkan Mohd.Farid Linggi dilantik sebagai Pegawai Pendidikan Bahagian; di pantai Barat Selatan (1980-1982) dan di keningau (1982-1989). Berikutnya beliau dilantik oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan sebagai Penolong Pengarah Pendidikan Kanan, untuk menyelaras KBSR di negeri Sabah (1989-1994). Pengalamannya yang luas dalam dunia pendidikan , telah menyebabkan Jabatan Pendidikan Sabah melantik beliau menjadi Pengetua SMK Mat salleh, Ranau (1994) dan sebagai Pengetua di SMK Gunsanad, Keningau (1995) . Beliau telah menamatkan arena pekerjaan beliau pada Disember 1998 dan kini beliau sedang giat menulis buku. Antaranya “SAMUDERA KEMAHIRAN HIDUP”, diterbitkan pada tahun 1994, “KEHIDUPAN DALAM TIGA DIMENSI” pada tahun 1998, “KELUARGA SUKU KAUM GANNA SABAH, MALAYSIA” pada tahun 2002, “WARNA-WARNI KEHIDUPAN” pada tahun 2007. Selain itu, beliau juga menulis article tentang topik-topik yang berkaitan dengan keagamaan dalam New Sabah Times yang diterbitkan pada setiap hari Sabtu. “Tuntutlah ilmu sampai ke Liang Lahad”, itulah kata-kata Rasulullah S.A.W yang sentiasa dipegang oleh beliau. Semangat dan keghairahan beliau dalam menuntut ilmu tidak pernah padam dalam diari hidup beliau. Disamping menulis buku, beliau kini sedang mengambil kursus PhD di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang Sains Sosial. Dengan ketokohan dan kecekalan beliau dalam melakukan tugas, beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2007 peringkat pedalaman Sabah, dan telah terpilih sebagai Tokoh Guru Persatuan sempena dengan perayaan Hari Guru dan Persidangan Agung Persatuan Peringat Negeri Sabah.

Untuk melayari blog beliau sila lawati http://bicaramindafarid.blogspot.com

By pustakaalghazali Posted in Dakwah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s