AMANAT DARI PAK GURU (1)


Pak Guru meskipun kurang sihat namun masih meluangkan masa menyambut kedatangan kami

Kelmarin saya dengan beberapa sahabat di kalangan ALUMNI SUIS Tambunan telah berkunjung ke rumah Pak Guru Tuan Haji Ahmad Darbi Lubis di Pekan Tambunan.

Ziarah yang saya telah atur sejak seminggu lalu bagi mengelakkan daripada ditempah komitmen lain. Maklum sajalah Pak Guru kami sanjungi ini di samping tenaga pengajar di RAY Tambunan, beliau juga mempunyai kelas agama di sekitar daerah ini, tidak ketinggalan Masjid Daerah Tambunan beliau makmurkan.

Seperkara yang paling istimewa dengan pak guru ini, beliau walaupun telah bersara mengajar di SUIS Tambunan namun beliau terus menabur bakti dengan memberi nasihat berguna kepada mantan anak-anak didiknya.

Beliau yang juga pangasas SUIS Tambunan, telah berkhidmat di daerah ini hampir 40 tahun sejak 1974.

Saya antara anak murid yang telah dididik dengan didikan stail sistem pondok dengan penekanan terhadap ketinggian disiplin dalam menuntut ilmu.

Ziarah dihadiri sahabat iaitu Ustaz Mohd Zaki Laumin, Ustaz Azmi Haji Sidik, Ustaz Mohd Yassin Yunus, Ustaz Haji Naim Majin dan Sdr Napoleon  Haji Kamil.

6 comments on “AMANAT DARI PAK GURU (1)

  1. Syukur, alhamdulillah.Teruskan perjuangan di jalan Allah.Saya amat teringin menghubungi saudara Al Fadhil Ustaz Hj.Naim Majin yg telah terputus hubungan sekian lama.Mudah-mudahan saudara boleh membantu dalam urusan ini.Boleh menghubungi saya di talian 082-255392 (org Sarawak).HP:013-8002253 (Ust.Hj.Fadlullah Bin Abdullah@Matteus Naong,Tabung Baitulmal Sarawak-Majlis Islam Sarawak.Terima kasih.Jazkallahu khairan.

  2. Assalamualaikum..Tuan fadlullah.
    Ust.Naim Majin boleh dihubungi dengan no. berikut; 0198615218 / 0138695218: drpd,Ust.Mohd.Yassin

  3. Terima kasih byk2 sdr Ust.Mohd.Yassin dan Sdr Jumain yg sudi memberi maklumat kpd saya berhubung dgn Ust Hj Naim.Semoga Allah SWT akan membalas usaha murni sdr sekalin.Insya-ALLAH saya akan menghubungi beliau dlm masa terdekat.Wassalam.

    Selamat menyambut Maal Hijrah(1431H).Semoga umat Islam di seluruh dunia dilimpahi rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.Amin

  4. tuan2 sangat beruntung , sempat berjumpa dan berbual setiap hari dengan tok guru ..dari satu segi tuan2 punya banyak keberuntungan berbanding kami yang jarang2 bersua dengan Allahyarham tok guru , kenangan indah itu akan terpahat dihati tuan2 sehingga keakhir hayat sebagaimana rasa terkilan dihati kami yang akan terkesan selamanya , sama2 kita mengingati segala pesanan tok guru dan mendoakan rohnya semoga ditempatkan ditempat yang tinggi , bersama dengan roh mereka yang sodiqin , yang muhlisin ..sehingga hari dibangkitkan , amin ya allah ..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s