KETUA YANG MEMANG KETUA (siri 1)


Bagaimana sewajarnya seorang ketua untuk merancang dan mengaplikasikan hasil rancangannya. Bagaimana sewajarnya rancangan tersebut mampu dilaksanakan oleh orang bawahannya. Ketua sewajarnya mempunyai sifat sebagai seorang pengurus, pengarah, perancang juga seorang pemikir.

Ketua yang unggul dan disegani tapi disenangi apabila mampu mengurus, mengarah, merancang dan seterusnya mempunyai daya berfikir yang kreatif dan kritis.

Ilmu pengurusan bukanlah sesuatu yang semulajadi, sebaliknya datangnya hasil daripada pengalaman masa lampau. Pengalaman ini diperolehi tanpa sedar ketika menjadi orang bawahan ketua sebelumnya. Malang sekali sekiranya peluang menimba pengalaman tidak digunakan sesempat mungkin.

Ilmu mengarah juga bukan datang secara spontan. Ia datang berdasarkan kebolehan mengurus. Bagaimana mungkin arahan mampu dilaksanakan kiranya arahan tidak terurus. Arahan mudah dilaksanakan sekiranya sudah total pengurusannya.

Ilmu merancang datang dari ilmu pembelajaran dan pengalaman. Pembelajaran dalam ertikata banyak bertanya dan banyak membaca pengalaman orang lain. Tidaklah dikatakan bijak sekiranya rancangan tidak diseimbangkan dengan hasil penyelitian, kajian, analisis dan juga pertimbangan pengalaman yang ada.

Tanpa berfikir secara kreatif dan kritis, tidak akan menghasilkan ketua yang mampu mengurus, mengarah dan merancang dengan baik.

Akan datang, APA ITU berfikir secara kreatif dan kritis…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s