KETUA YANG MEMANG KETUA (siri 2)


Sebelum ini pada siri 1, melalui tajuk KETUA YANG MEMANG KETUA  saya dengan pemerhatian yang ada telah menukilkan beberapa ciri yang wajar ada pada seorang ketua.

Alhamdulillah, nukilan tersebut mendapat respon segera daripada sahabat-sahabat  lain. Saya katakan, itu pandangan saya yang sudah tentu berbeza dengan orang lain. Sebenarnya dengan kepelbagaian pandangan dan pendapat akan menghasilkan kesatuan pandangan yang murni. Saya maksudkan pandangan murni ini, kerana ianya muncul selepas menerima ujian daripada pandangan lain.

Oklah, bukan itu yang saya mahu panjangkan di sini!

Pada ruangan ini saya ingin ketengahkan apa itu idea kreatif dan kritis pada pandangan saya. Saya awal-awal lagi katakan ini pandangan saya. Tiada kitab yang saya rujuk ketika menulis bab ini…:)

Tidak kira ketua mahupun orang bawahan sepatutnya jangan beku. Beku otak untuk berfikir. Jangan buat-buat otak beku. Saya pernah mendengar cerita lucu kawan  suatu ketika dulu. Beliau menceritakan bagaimana ada seorang pencari otak second hand (terpakai) yang dipamerkan di galeri pemeran otak antarabangsa. Dalam pameran itu terdapat pelbagai otak yang datang dari seluruh dunia dengan pelbagai bangsa. Dalam banyak-banyak otak tersebut, otak Jepun sudah hitam hangus dan memang tidak boleh digunakan lagi.

Pencari otak tersebut lalu ketemu otak yang masih ok…masih bolehlah. Masih boleh digunakan sebab dalam rongga-rongganya masih banyak yang kosong belum terpakai. Pada rak pameran berkenaan tertera signboard mengatakan otak itu adalah otak orang Arab..:)

Kesimpulan dari cerita lucu tadi memberikan kita banyak pengertian bahawa orang-orang Jepun telah memanfaatkan otak dengan sebaik-baik mungkin. Mereka gunakan otak untuk berfikir dan berfikir sehingga muncul sebagai negara yang cukup maju dari segi teknologi meski pernah ranah ketika perang dunia kedua.

IDEA yang kreatif lahir daripada kerajinan berfikir. Malas berfikir akan melahirkan manusia pembudaya taklid buta tuli. Takut membuat perubahan meski untuk maju ke hadapan.

IDEA yang kreatif akhirnya akan melahirkan anaknya bernama kritis. Anda akan punya pandangan yang KRITIS setelah menilai idea orang lain. Dengan pandangan yang kritis anda akan terdorong melahirkan idea kreatif.

Bukankah sewajarnya hari ini lebih baik dari yang semalam,..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s