SEMINAR PENANAMAN SERAI DI KENINGAU


Taklimat oleh sahabat Encik Lamsil

Taklimat oleh sahabat Encik Lamsil

Hari ini, saya bersempatan hadir ke majlis Seminar Penanaman Serai Komersial anjuran USIA Bahagian Tambunan, Keningau, Tenom dan Nabawan dengan kerjasama Malaysian Herbal Corporation (MHC) iaitu anak syarikat milik penuh MiGHT (Malaysian Industry Group for High Technology) dan merupakan sebuah agensi Kerajaan di Bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Seminar ini dihoskan oleh USIA Bahagian Kota Belud yang diketuai oleh sahabat saya Encik Lamsil Hamidsor.

Saya gembira dengan penganjuran seminar ini kerana ianya merupakan salah satu cara untuk menaikkan semangat para ahli untuk mengintai peluang terutama dalam industri herba. Hampir 100 peserta hadir. Apa yang paling menarik, seminar ini juga dihadiri oleh rakan-rakan di kalangan bunkan beragama Islam.

Saya yakin, medium dakwah amat luas. Melalui penganjuran majlis berasaskan ekonomi juga dakwah mampu disampaikan.

Majlis ini mempunyai kekuatan sendiri kerana telah dihadiri oleh orang-orang kuat USIA, antaranya sahabat saya Tuan Haji Kaipin Rosmin ( Pegawai Pendidikan Gabungan Keningau selaku Ketua USIA Bahagian Keningau), Dr Halim Juinis (Pegawai Veteriner Keningau selaku Timbalan Ketua USIA Bahagian Keningau) dan lain-lain.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s