MILIK SIAPA


 Selepas perbincangan dengan Tuan Presiden Majlis Perbandaran Tawau, saya bergegas balik ke Kota Kinabalu. Seperti mula-mula datang, balik pun menyusur jalan Kalabakan ke Keningau.

Sebelum tiba di Kalabakan, saya singgah sebentar di sebuah warung di pinggir Merotai untuk mengisi tangki perut. Takut-takut sepanjang ada halangan, saya sempat membeli sedikit makanan ringan dan air.

Saya selamat tiba di Keningau sekitar jam 10 malam, dan singgah di Restoran Kak Ning sebelum bertolak ke Kota Kinabalu.

Sepanjang jalan Kalabakan, didapati penuh dengan kehijauan pokok sawit. Kawan saya kata, ladang itu merupakan kelolaan Felda.

Tidak sunyi juga, jalan yang baru sahaja di buka penuh dengan deretan lori yang sarat dengan muatan kayu balak. Sebahagian besar kerosakan jalan alternatif disebabkan oleh pijakan lori balak. Semuanya bergerak secara konvoi waktu malam.

Saya yang masih tertanya-tanya, semua hasil mahsul yang dirantap ini MILIK SIAPA?