CARA MENGENAL PASTI BARANG DARI KULIT BABI


Saya sempat memetik beberapa artikel daripada pakar howto mengenai babi. Saya memeti beberapa maklumat yang perlu dibaca dan direnungi terutama umat Islam.

Sedikit petikan berita dari Utusan Malaysia tentang selsema babi.

“Angka kematian akibat jangkitan selesema babi di Mexico meningkat kepada 103 orang hari ini ketika 400 orang dimasukkan ke hospital dan kira-kira 1,600 yang lain disyaki dijangkiti penyakit tersebut. Wabak yang berlaku di Mexico sejak beberapa hari lalu ini telah mencetuskan kebimbangan global kerana beberapa kes juga dilaporkan di Amerika Syarikat dan Kanada.Kemungkinan jangkitan juga sedang diperiksa di Eropah, Israel dan New Zealand.


Jutaan rakyat Mexico kini berkurung di rumah dan mereka yang keluar memakai topeng mulut, terutamanya di Mexico City yang menyaksikan kerajaan menghentikan acara awam dan menutup muzium, bar dan stadium dalam usaha mengawal jangkitan.”
– Sumber berita dari Reuters

Menurut berita, disebabkan selsema babi ni, lebih 80 orang di Mexico telah maut. Dan ratusan orang lagi dipercayai telah terkena wabak ini. Cara jangkitannya masih menjadi misteri. Tetapi, menurut ceritanya, ia boleh merebak dan menjangkit dari seorang manusia ke manusia lainnya.

Wabak ini sukar dikesan kerana simptom dan kesan wabak ini hanyalah seperti simptom influenza yang biasa. Yang menakutkannya ialah, ia boleh menyerang sesiapa sahaja, walaupun bagi yang bukan pemakan daging babi. Itu yang diberitakan dalan TV.

Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi ini. Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidaklah mahal mana harganya kalau dibandingkan dengan barangan dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat dimana-mana sebenarnya. Malah banyak juga terdapat di kompleks-kompleks membeli-belah terkemuka.

Cara nak tengok dan kenalpasti barangan yang diperbuat daripada kulit babi ialah :

1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini ada 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK. Cuba belek dan perhatikan, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka memang sah, itu adalah kulit babi. Jadi, jangan gatal tangan main beli jer. Walaupun harganya mungkin jauh lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti ini ;

3 bintik kulit babi

2. Harga barang kulit babi ni biasanya lebih murah dari barangan daripada kulit binatang lain.

3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.

4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kuilt babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.

Sila ambil perhatian pada beberapa visual di bawah agar kita tidak tertipu dengan barangan datang dari wogok  itu.

 Pandangan dari jauh

Perhatikan betul-betul

Lihat titik membentuk tiga segi

Advertisements

20 comments on “CARA MENGENAL PASTI BARANG DARI KULIT BABI

  1. salam.. baru2 ni saya telah membeli tali pinggang dari sebuah kedai agak terkemuka. kemudian, baru2 ini baru saya perasan bahawa tali pinggang tersebut mempunyai tiga tompok pada kulit tali pinggang tersebut. Namun, tiga tompok tersebut tidak membentuk segitiga, tapi berbentuk selari. oleh itu, saya jadi was-was.. samada tali pinggang saya beli nie kulit babi atau tidak?

  2. Salam..

    Masalah saya sama seperti gadis buntu di atas. Tompok di tali pinggang yang saya beli adalah selari. Adakah ia kulit babi?

    Terima kasih.

  3. semasa karnival 1halal di masjid negara hari tu, saya ada pigi booth jabatan sains…ada penerangan mengenai produk yg diperbuat drp kulit babi esp. kasut…
    -kalau titik 3 tu seragam, maka ia mmg dr kulit babi
    -tapi klu titik 3 tidak seragam, ia bukan kulit babi

    info tambahan:
    -apa2 berus kalau bulunya bercabang di hujung, kompom dari bulu babi

    so pilih la berus yg bulunya tidak bercabang wlpn berwarna warni atau mahal…

    terima kasih…

  4. assalamualaikum..apa yg dimaksudkan dgn 3 titik seragam? boleh berikan contoh atau siarkan gambarnya?

    sekian terima kasih

  5. mcm mana nak confirm kan kulit 3 titik selari bukan kulit babi?? saya ada kasut yg lining kat dlm dia mcm tu?? so adakah tu kulit babi? bleh bagi penerangan yg meyakinkan skit? please…tq

  6. sayer bru bli wallet kt metrojaya mid valley bru2 nie..dh balik baru pasn dlm wallet 2 ad titik2 3 2..tp dier bukan bentuk segitiga..dier selari..i mean memanjang..so skrg nie, seriously was2 giler nk guner…cmner yer???selain babi,binatng ap yg ader kulit cmtu yer???????

  7. oh ya, jgn lupa yer, kasut murah2 dkt area bazar msjid jamik tu ada yg dari kulit babi, (mungkin) sebab aku tgk titik dia lbih kurang mcm kt gmabar atas ni, nasib ttime tu tde duit, mgkn dh terbeli agaknye, huu, apa la style org meniaga skg ~

  8. Buang sumer yg brgn kulit yg ada tiga titik dalam bentuk tiga segi!!!..Majikan anak saya pernah bagi briefing tentang kasut kulit yg lining nya dari kulit babi! Atau anda bungkus dan bagi jer kwn2 lain yg bukan Islam…yg titik selari tu x tau plak kulit apa…kalu anda kenal dgn tauke kedai Cina yg jual brgn kulit, tanya jer…

  9. salam..

    saya rasa kita kebanyakkan tidak mengetahui barangan kulit yang dibeli sama ada daripada kulit babi atau kulit binatang lain. Cuma kita banyak mendapat input drpd orang yang menyampaikan maklumat dalam internet tapi mungkin dia sendiri pun tidak pasti. Jadi saya cadangkan kita bawak je barangan kulit jumpa dengan pakar kulit dan saya ada berbuat demikian bukan seorang tetapi ramai untuk pastikan. Kalau was-was baik kita buang terus. Nak jual pun tak boleh nak bagi pada org bukan islam pun jangan. Maklumat pasal kulit babi ni banyak yang bercanggah dan kita tidak pasti mana satu yang kita nak berpegang.

    saya nak share satu link mengenai kulit babi dan harap ia boleh membantu sedikit sebanyak.
    http://mharisman.blogspot.com/2009/05/klarifikasi-bahan-dari-kulit-babi.html

    wassalam.

  10. @ enna.

    Kasut toms yang ade leather insole semua dibuat dari kulit babi. Kalau nak tau pergi singgah website dorang dan klik frequently asked question. Dorang ade letak kesemua kasut insole leather dibuat dari pig suede. So hati2 next time kalau nak bli barang2.

  11. Dah hampir setahun aku guna pouch bag hp sony ericsson baru arini aku dapat tau yg aku guna 2 di perbuat dari kulit babi…nasib baik kawan aku bgtau pouch 2 mnpunyai titik2 3 3…apa yang perlu aku buat skrang???buntu ni..kan dh guna lama dah..tolong!!!

  12. buat zana,bagi saya baik buang je kalu dah confirm tu barangan dr kulit babi….di sini lah ALLAH menguji keimanan kita..sejauh mana hambanya taat kpd segala perintah ALLAH…memang benda tu kita sayang..tp kalu dah terang2 haram kita terpaksa tinggalkan…saya pun baru dapat info tgk kat tv..banyak sgt produk dr binatang khinzir ni…kulit babi..bulu babi dll byk kat pasaran..rasa risau n ragu..berus cat..sikat rambut….berus utk sapu kat kek..berus mekap dll…aduhhh..pening2..banyak sgt…..kalu sesiapa ada info brserta gambar sekali..meh kita share sama2 demi menjaga kesucian ISLAM…sharing is caring…..tq…

  13. bukan syg barang yg kita rase dibuat dari kulit babi tu, just nak tau mcm mane nak buat selepas sekian lame bergelumang dgn brg tu…

  14. Ada sesiapa yg tahu pakar utk rujuk kenal pasti barangn kulit babi atau bukan?saya dan rakan perlukan khidmatnya. Terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s