MALANG TIDAK BERBAU


Sekembali dari Tawau saya dikejutkan dengan berita bahawa sebuah kenderaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah telah mengalami kemalangan.

Berita disampaikan oleh saudara Hadnan yang kebetulan berkonvoi kembali ke Kota Kinabalu melalui jalan baru (masih dalam pembinaan) antara Meroti-Kalabakan dan Nabawan.

Menurut maklumat yang diterima, kenderaan tersebut gagal dikawal disebabkan keadaan jalan yang berbatu dan licin. Kenderaan pacuan empat roda tersebut terpaksa ditarik oleh kenderaan Rumah Anak Yatim Tambunan hampir 100 kilometer menuju ke jalan Sapulut Nabawan.

Nasib baik tiada kecederaan nyawa.

Advertisements

WARNA WARNI MTQ NEGERI SABAH 1431H/2009M


WARNA WARNI MTQ NEGERI SABAH 1431H/2009M

SATU PERMULAAN YANG BAIK


Kelmarin 27 Jun 2009, saya telah menghadiri Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sabah yang telah diadakan di Dewan Masyarakat Tawau.

Saya cuku kagum dengan kehadiran orang ramai yang cukup ramai. Saya menjangkakan sekitar 5000 orang. Tak cukup ruang dalam dewan ruang luar yang telah disediakan juga sesak dengan orang ramai. Inilah dia Daerah Tawau yang sememangnya terkenal dengan semangat juang agamanya.

Tahun ini, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah telah mengubah format penyertaan MTQ kepada hanya 8 orang sahaja yang memperdengarkan bacaannya di majlis berkenaan. Ini bererti hanya 4 orang qari dan 4 orang qariah yang terbaik dari seluruh daerah sahaja yang layak.

Seperti mana ucapan YB Datuk Nasir Tun Sakaran selaku Pengerusi Pelaksana MTQ pada malam itu, beliau menjelaskan bahawa MTQ Peringkat Bahagian telah dmansuhkan dan digantikan dengan Majlis Saringan di kalangan johan qari dan qariah di seluruh daerah. Seramai 78 peserta qari dan qariah menghadiri saringan berkenaan. Hanya mereka yang melepasi markah 70 peratus sahaja yang layak ke pusingan seterusnya.

Para hakim di peringkat saringan adalah hakim-hakim untuk peringkat negeri sabah sahaja. Manakal hakim pada MTQ Negeri adalah di kalangan hakim-hakim kebangsaan bersama hakim negeri.

Saya rasa walaupun pertama kali sistem ini diperkenalkan di negeri ini namun sudah ada tanda-tanda cara ini sesuai untuk negeri ini. Cuma saja perlu diperbaiki mana-mana yang perlu diperbaiki.

Pada malam itu Johan Qari di miliki oleh Tuan Haji Abdullah Wahab manakala Johan Qariah disandang oleh Cik Hajah Hatijah Marsuki, kedua-duanya mewakili daerah Tawau. Tuan Haji Abdullah juga mendapat hadiah Qari Negeri Terbaik.

Hadiah Johan Qari dan Qariah adalah sebanyak RM5,000.oo, hadiah menunaikan haji sebanyak RM11,000.00 beserta hadiah iringan sumbangan JAKIM Sabah.

Tahniah buat mereka.

Gambar-gambar persediaan MTQ Negeri di Daerah Tawau

SEMANGAT KERJASAMA ORANG TAWAU


Tahniah kepada masyarakat Tawau kerana Daerah Tawau telah dilantik menjadi tuan rumah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sabah tahun ini.

MTQ tahun ini akan diadakan pada 27 Jun 2009 bertempat di Dewan Masyarakat Tawau, bermula jam 7.00 malam dan akan berakhir sekitar jam 11.00 malam kemudiannya.

MTQ ini akan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah, Yang diPertua Negeri Sabah.

Saya sempat melihat persediaan MTQ ini semalam dengan raptai penuh dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah dan protokol.

Saya cukup kagum dengan semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh para petugas dari kalangan Majlis Perbandaran Tawau yang dipimpin oleh Tuan Haji Ismail Haji Mayakub, selaku presiden.

Tahniah orang Tawau.