LATIHAN KEMAHIRAN UNTUK KORIDOR PERTUMBUHAN


Sekitar jam 2.30 petang tadi, saya telah ke Pejabat Ibu Pejabat USIA. Tujuannya adalah menghadiri jemputan taklimat mengenai Latihan Kemahiran Untuk Koridor Pertumbuhan. Taklimat disampaikan oleh Dr. Dayang Aminah Ali, CEO Kolej Yayasan Sabah.

Taklimat yang dihadiri oleh kebanyakan Ketua USIA Bahagian itu menjurus kepada peluang-peluang pengajian Peringkat Sijil dan Peringkat Diploma yang di buka peluang kepada anak-anak ahli USIA sekitar negeri ini.

Antara kursus yang yang ditawarkan adalah Sijil Front Office, Sijil Housekeeping, Sijil Jurukimpal, Sijil Jurubina, Sijl Mekanik Kendaraan Motor, Sijil Pertanian (CPP), Sijil Artis Multimedia Visual, Sijil Artis Multimedia Pengarangan, Sijil Artis Multimedia Animasi, Sijil Artis Multimedia Film dan Dokumentari dan Sijil Sistem Maklumat. Semua kursus di atas adalah sekitar 6 bulan sebelum ke Peringkat Diploma.

Apa yang menarik, kesemua kursus di atas adalah percuma khas untuk ahli ini.

Saya merasakan ini adalah peluang yang perlu direbut oleh mereka lepasan SPM yang berminat.

Tahniah kepada USIA Pusat dan Kolej Yayasan Sabah di atas persefahaman dan kerjasama untuk memajukan ummah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s