KALAULAH WUJUD AKADEMI TARANNUM DAN AKADEMI KHAT DI SABAH


Selepas selesai peperiksaan PTK di Keningau kira-kira jam 12.15 petang, saya bergegas ke Terminal Satu KKIA untuk ke Tawau. Saya sedia maklum yang tiket saya adalah waiting list kerana memang menurut kaunter seat telah pun penuh.

Mahu tak mahu saya terpaksa menunggu sehingga jam 7.50 petang untuk memastikan saya ada tempat untuk ke Tawau. Memang cukup bosan menunggu sebegitu lama.

Akhirnya, sekitar jam 8.00 malam nama saya di panggil ke kaunter untuk mendapatkan tiket penerbangan. Pengalaman pertama saya menaiki pesawat Mas Wing jenis foker. Sungguh berlainan dengan pesawat jenis Boeing 737. Seperkara lagi, dengan Mas Wing memakan masa sejam berbanding hanya 45 minit dengan boeing 737 untuk sampai ke Tawau.

Mas Wing

Sepanjang berada di atas awan, saya sempat berkenalan dengan seorang kakitangan KEMAS, saudara Muhamad. Perbualan kami lebih banyak tertumpu mengenai perkembangan qari dan qariah di Sabah. Selanjutnya mengenai perkembangan seni khat yang menurut beliau sudah hampir ditelan zama.

Kesimpulan daripada perbincangan, beliau menyimpulkan perlunya penubuhan sebuah akademi khas untuk tarannum Al-Quran yang berperanan mengembangkan seni pembacaan Al-Quran secara berlagu. Beliau menegaskan kemana akhirnya qari dan qariah yang pernah mengikuti pertandingan ini, apatah lagi yang pernah mendapat tempat di Peringkat Kebangsaan.

Begitu juga dengan seni khat, beliau mencadangkan diwujudkan Akademi Kesenian Khat dapat difikirkan dan dipertimbangkan dengan sewajarnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s