TINTAKU BUAT DATO SERI ANWAR IBRAHIM


Jun 16th, 2009 at 7:54 pm

Assalamualaikum Dato Seri,

Semakin hari, negara kita sudah kelihatan akan sesuatu fenomena yang pada saya suatu hari nanti fenomena ini akan menjadi masaalah besar kepada negara kita.

Fenomena yang saya maksudkan di sini adalah mengenai suasana aman negara kita kian menuju goyah. Suasana AMAN saya rujuki dengan politik yang sihat dan jenayah yang terkawal.

Saya fokuskan pada soal politik.

Pada pemerhatian peribadi saya di jauh pedalaman Negeri di Bawah Bayu ini mendapati sudah wujud amalan brutal di kalangan pemimpin politik di Semenanjung. (Nauzubillahi Min Zalik dari merebak ke Sabah).

Yang saya lihat, mangsa utamanya di kalangan rakyat biasa. Mangsa seterusnya Agama kita. Kenapa?, sebab yang bergaduh itu terdiri daripada orang-orang melayu yang sesama beragama Islam. Masing-masing macam enau di hutan mahu lepaskan diri sendiri.

Dato Seri, Tuan mempunyai ilmu yang cukup tinggi.Saya menilai tuan punya kelebihan bukan sahaja kerana agama tuan tapi juga kepimpinan tuan. Kebijaksanaan dan karisma ditakdirkan Allah SWT kurniakan kepada tuan.

Saya mencadangkan, tuan cuba cari inisiatif bertemu secara hikmah, penuh tanggungjawab dan penyerahan bulat-bulat pada Allah SWT untuk berbincang dengan PM dan pemimpin ummah lain bagi membincangkan kemaslahatan ummah kita.

Saya tegaskan di sini, umat kita kalau bersatu orang lain pun akan aman. Fahamilah maksud saya.

Perbincangan tidak semestinya mendapat liputan media massa. “Fikirkan UMMAH 30, 40 atau 50 tahun akan datang.

Ikhlas dari saya
Abu Al-Ghazali
http://www.pustakaalghazali.wordpress.com

One comment on “TINTAKU BUAT DATO SERI ANWAR IBRAHIM

  1. Anwar kini bukan macam Anwar dahulu , Anwar kini sudah terlalu jauh terbabas dan ‘rosak’ , ..
    Anwar kini tidak boleh lagi disandarkan kepercayaan apapun , apatah lagi dalam hal berkenaan Islam , ..

    secara peribadi , rasa hormat dan percaya terhadap Anwar sudah lama mati ..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s