MENGAJAR KAMBING BERENANG


Hari ini sekitar jam 6.00 pagi saya sekali lagi ke Tawau atas urusan rasmi. Kali ini bersama beberapa kawan-kawan sepejabat dari Kota Kinabalu. Seperti biasa pengangkutan adalah dengan penerbangan Malaysian Airlines System.

Selama berada di atas awan yang memakan masa sekitar 45 minit, kawan sebelah saya sempat bercerita mengenai kisah seorang pengidap penyakit darah tinggi yang mengajar kambing berenang!

Oleh kerana kisah ini menarik perhatian saya, maka saya abadikan dalam laman blog ini untuk dijadikan bahan renungan tentang pengajaran di sebalik kisah tersebut.

Kisahnya lebih kurang begini!

Seorang lelaki telah berjumpa dengan seorang doktor. Dalam perjumpaan itu, doktor mendapati beliau menghidapi penyakit darah tinggi. Beliau dinasihatkan supaya tidak memakan makanan yang berlemak seperti daging lembu dan kambing.

“Kamu hanya boleh memakan daging binatang yang pandai berenang’, kata doktor pada beliau.

Sebelum pulang, doktor telah membuat temujanji agar beliau datang semula pada minggu berikutnya.

Masa yang dijanjikan telah pun tiba, namun kelibat beliau datang hadir tidak kelihatan. Doktor yang merasa hairan mengambil keputusan untuk berkunjung ke rumahnya.

Setibanya di rumah beliau kelihatan isterinya sedang menyapu halaman. Doktor berkenaan bertanya, dimanakah suaminya.

“Dia berada di belakang rumah’, kata isterinya sambil mengiringi doktor menuju belakang rumah.

Setibanya di belakang rumah, doktor mendapati suami wanita tadi sedang mandi dalam kolam bersama seekor kambing!

Doktor yang terkejut dengan gelagat suami itu, bertanya apa yang sedang di buatnya.

“Hai Tuan Doktor, saya sedang mengajar kambing berenang supaya saya boleh makan dagingnya nanti!”, jawab suami wanita tadi dengan selamba.

Apa pengajaran yang boleh kita perolehi dari kisah ini. Sila tampilkan komen!

6 comments on “MENGAJAR KAMBING BERENANG

  1. Bijak… bijak… ha..ha..

    Sambungan…

    Kambing pun mengembek….. bukan menangis tapi ketawa… Dalam otak dia ada juga manusia yang berfikiran ngini…

  2. assalamualaikum wrth….

    sebelum saya memberi respon kepada cerita kelakarrrrrr ini izinkan saya ketawa bernahak-bahak sebab terlalu kelakarrrr…..

    sebenarnya dr dan pesakit itu keduanya sangat kelakarrrrr…..resionalnya, kalau orang memberikan nasihat yang dijangka memberikan kemudharatan, kita tidak perlu diikuti atau dilayan walaupun apa pepatah melayu mengatakan “masuk kandang kambing mengembek masuk kandang ayam mengaum…heeeh salah! mengetakkkkkk….ba!

    main kau burung!

    sekian, teriam kasih

    SAHAR UNGGAT
    Unit Latihan & Kerjaya
    JHEAINS

  3. Tuan,
    Sebenarnya banyak pengajaran yang boleh didapati daripada kisah berkenaan.
    Salah satunya adalah, cara doktor memberi nasihat dan cara klien menerima nasihat.

    • ya btl 2….klu nk bg nasihat 2 biar la profesinal ckit kn hehhe…ni x…nk wat lawak lg…kna lg ngn org yg lurus bendul.dia pun ikut je la haha..kdg2 kita kna srius jga dlm ssuatu prkra kn..beritahu dgn jelas…agr org x tersalah pemahaman…

  4. Assalamualaikum syekh….

    pengajarannya ialah.. seseorang yang memberikan penerangan kepada orang ramai harus mengenali siapa kliennya,perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami bukan berkias atau berbelit-belit.Bagi saya pesakit itu mungkin buta huruf,tak faham bahasa dan yang sewaktu dengannya la..
    Apa pun cerita ini memang lawak..lawak…hahha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s