PETANI TAMBUNAN PERLUKAN PEMBELAAN (siri 2)


Umum mengetahui Daerah Tambunan merupakan pengeluar utama halia di negeri ini. Malah dikatakan halia Tambunan adalah antara yang terbaik di Negara kita. Kiranya benar, maka seharusnya berbangga.

Saya sendiri melihat betapa pekebun-pekebun kecil halia di Kampung Tiong memunggah hasil halia yang begitu baik. Namun, sayangnya kaedah mengangkut hasil tersebut masih ditahap tradisional (main sikut). Apa pun saya cukup bangga dengan usaha orang kampung ini.

Pernah suatu ketika saya katakan pada sahabat saya, bahawa bumi ini milik Allah SWT. Justeru itu, Allah SWT dengan Maha Adilnya telah pun membahagi-bahagi tanah ini mengikut tahap kesuburan dan pokok yang sesuai ditanam pada tanah tersebut.

Perhatikan sahaja, ramai beranggapan halia kurang sesuai di Daerah Keningau. Yang lebih sesuai adalah pokok sawit dan getah.

Daerah Sook sesuai dengan tanaman keladi, ubi keledek dan pokok naga. Ramai mengatakan halia tidak berapa sesuai.

Bukankah wujud keseimbangan dari segi ekonomi!

Halia Tambunan sebenarnya mempunyai masa depan yang cerah di daerah ini. Malahan juga di negeri dan Negara. Tanah yang sesuai dan subur memungkinkan halia menjadi mercu tanda daerah ini suatu hari nanti. Ketika itu tidak mustahil replica halia gergasi akan di bina di sempadan Tambunan denga Kota Kinabalu, Ranau dan Keningau.

Namun untuk mencapai tahap ini, sesuatu tindakan wajar sudah bermula.

Pertama: Kemudahan asas seperti jalan raya ke kampung-kampung yang mempunyai berpotensi mesti diambil perhatian.

Kedua: Perhebatkan kempen khidmat nasihat dan kaunseling kepada masyarakat desa agar mengusahakan tanah terbiar dengan tanaman halia.

Ketiga: Apa jaminan untuk memastikan hasil halia mampu dijual pada kadar harga yang sewajarnya.

Keempat: Bina kilang untuk memproses halia Tambunan. (Bukannya kilang yang hidup segan mati tak mahu).

Kelima: Permudahkan proses pinjaman sebagai modal membuka ladang.

Kesemua aspek di atas mampu meniup semangat orang kampung untuk berlumba-lumba membaiki tahap ekonomi dengan tanaman halia.

Mungkin pihak bersesuian perlu berfikir sejenak dan cuba berfikir di luar kebiasaan untuk membantu masyarakat desa di daerah ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s