JANGAN BERI IKAN, BEKALKAN DENGAN KAIL


JANGAN BERI IKAN, BEKALKAN DENGAN KAIL

Bagi saya ibarat ini walaupun sudah sekian lama namun masih sesuai digunakan untuk membuat perumpamaan sesuatu.

Saya memikirkan betapa anak bangsa kita yang tinggal di segenap pelusuk pedalaman amat memerlukan pembelaan segera.

Mereka amat memerlukan pembelaan berbentuk kemudahan yang cukup asas. Iaitu JALANRAYA YANG BAIK, BEKALAN AIR BERSIH dan BEKALAN ELEKTRIK.

Tanpa tiga keperluan asas ini, janganlah sesiapa pun bercakap mengenai wawasan 2020 ataupun mencapai Negara maju. Sesiapa pun dia!

Sebenarnya orang kampung tidak memerlukan bantuan wang tunai mencurah-curah setiap hari. Kerana orang kampung juga mampu memperoleh lebih baik dari itu. Kerana apa?. Sebab orang kampung mempunyai jiwa yang kental untuk membaiki taraf hidup sendiri.

Namun, hanya yang diperlukan adalah seperti apa yang saya telah sebutkan di atas iaitu JALANRAYA YANG BAIK, BEKALAN AIR BERSIH dan BEKALAN ELEKTRIK.

Pihak yang dipilih rakyat ini perlu membalas kepercayaan dan amanah mereka ini dengan sedaya upaya memeras otak , mencari jalan membantu mereka. Sekurang-kurangnya menyuarakan kepada pimpinan secara konsisten sehingga selesai.

Jangan risau, orang kampung ini tidak memerlukan duit poket orang lain. Apa yang dikehendaki adalah lampu suluh yang terang.

Tidak perlu bekal mereka dengan ikan (kerana ikan bila-bila masa akan habis), sebaliknya bekalkan mereka dengan mata kail supaya mereka dapat berusaha sendiri (tanpa menagih ikanmu)!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s