TANGANI SEGERA PENDERAAN PEMBANTU RUMAH


siti-hajar

Saya melahirkan rasa dukacita yang teramat sangat dengan apa yang berlaku kepada pembantu rumah Siti Hajar, 33 tahun.

Kisah penderaan beliau telah mendapat liputan luas akhbar sama ada di Malaysia mahpun di Negera Indonesia.

Beliau bukan sahaja didera secara teruk pada seluruh fizikal, malah hak beliau sebagai seorang muslimah juga dinafikan sama sekali. Beliau bukan sahaja diberi makanan tanpa lauk, malah dipaksa pula memakan DAGING BABI (Wogok– dalam istilah masyarakat Dusun).

Malah kes ini bukanlah sesuatu yang baru, sebelum ini telah bertimbun kes mengenai pembantu rumah yang TIDAK DIBENARKAN MENUNAIKAN SOLAT, MENGERJAKAN PUASA DAN GAJI YANG TIDAK SETIMPAL DENGAN KERJA.

Bayangkan pada kes Siti Hajar ini, majikannya sendiri mengakui tidak pernah membayar gaji sejak tiga tahun lalu!!

Sebagai manusia yang bertamadun, kita boleh berfikir waras bahawa orang yang anda dera itu juga mempunyai PERASAAN SEBAGAI SEORANG MANUSIA. Hanya saja pendera yang seorang manusia yang telah hilang sifat-sifat kemansiaannya!

Mereka datang untuk mencari rezki yang halal. Dengan niat membantu keluarga mereka yang berada jauh di sana. Hargailah usaha dan kesungguhan mereka ini.

Saya mencadangkan agar tindakan yang wajar dan segera perlu diambil bagi mengatasi kes-kes seumpama ini. Khususnya pembantu rumah yang beragama ISLAM.

Antara tindakan yang paling penting adalah memastikan pembantu rumah hanya untuk keluarga yang beragama Islam. Manakala keluarga yang tidak beragam Islam dapatkan pembantu rumah yang tidak beragama Islam.

Kita tidak mahu hak penganut Islam dinafikan haknya di negara Islam ini!

8 comments on “TANGANI SEGERA PENDERAAN PEMBANTU RUMAH

  1. wahai manusia, jaganlah melakukan ataupun teringin nak melakukan perkara-perkara sekeji ini………….. kita semua manusia ciptaan TUHAN kita tidak berhak untuk mendera sesiapapun………………

  2. orang Islam tidak buat gitu , orang Islam tidak akan sanggup mendera manusia begitu rupa ..sedangkan kucing pun disayangi dibagi makan minum , anak kura2 menyeberang jalan sanggup berhentikan kereta , bawa binatang tu kasi seberang jalan dengan selamat ..

    Yang buat begitu , mendera dan menyiksa zahir batin seorang manusia , yang berkerja sebagi pembantu rumah menyenangkan hidup Tuan rumahnya adalah pasti bukan seorang Islam , pasti ianya tidak peduli syurga neraka , hidup dan mati manusia lain ..

    orang yg begitu , yang suka2 hati menyiksa orang lain , tangkap dan ikat macam ikat kerbau ..lepas tu siksa dia macamana dia buat dengan orang , apa ko rasa ??

  3. huh!!! sgt2 x ske dgn kes2 spt ini…ape nak jdi ngan pemangsa…fikirlah sebaiknya yg jdi mangsa tu jga mnusia yg sme mcm die…TAUBATLAH WAHAI MANUSIA.INGAT TUHAN MAHA ADIL.

  4. memang tak patut.. kalau ada kesalahan masih boleh dibawa berbincang. jagn main hentam saja .ALLAH MAHA MELIHAT.Perbuatan mendera itu adalah dosa BESAR!!. Syurga dan Neraka itu benar, Nabi S.A.W itu benar.Apa pun agama dan pegangan, perbuatan mendera itu memang tak baik.HENTIKANLAH PERBUATAN KEJAM INI.

  5. hnya mnusia bertopengkan binatang shja yg sggp mendera nie..
    hati dorg disaluti dgn kejhtn yg mlmpau..
    muga2 mnusia spti ini dilaknat oleh Allah S.W.T..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s