Saya berkesempatan membawa Encik Nicholas Sylvester atau nama Islamnya Tuan Haji Muhammad Nicholas Sylvester dari Kota Kinabalu ke Tambunan untuk menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Daerah Tambunan.
Sememangnya saya mengenali beliau melalui buku beliau yang banyak terdapat dan banyak menyentuh mengenai perbandingan agama samawi.
Sedikit biodata beliau;
Tn Hj. Muhammad Abdullah Nicholas Sylvester merupakan pengasas Hidayah Center JIM yang terlibat secara khusus membantu saudara baru yang memerlukan bantuan. Sebelum ini beliau beragama Kristian. Setelah memeluk Islam, beliau mendapat latihan dakwah dari beberapa organisasi Islam Antarabangsa di Amerika Syarikat.
Sumber: http://forum.jiwang.org/index.php?showtopic=9151&st=60
Khutbah yang beliau sampaikan meskipun ringkas tapi padat dengan fakta dan hujah. Inilah kelebihan beliau selaku pendakwah yang serba boleh.
Seusai solat jumaat, kami telah dijemput ke rumah Ustaz Haji Hadiq Ismail untuk jamuan tenghari.