MELAWAT PAK GURU DI HOSPITAL TAMBUNAN


Saya telah mendapat berita mengenai Pak Guru Haji Ahmad Darbi Lubis telah dimasukkan ke Hospital Daerah Tambunan sejak rabu lalu. Difahamkan beliau telah ditimpa demam selsesma sekembali dari menerima rawatan rutin di Sabah Medical Centre (SMC).

Walau bagaimana pun saya cuma melawat beliau pada hari sabtu sekitar jam 11.00 pagi di wad hospital Tambunan. Alhamdulillah beliau tampak sihat namun pergerakan beliau sedikit terhalang dengan hos glukos dan air yang tersambung ke hidung beliau.

Saya yang amat sedih terus menghulurkan tangan untuk bersalaman dan meminta maaf sebab tidak sempat melawat sejak rabu lalu. Saya pertama kalinya mengalirkan air mata sebagai tanda simpati pada beliau. Sebelum ini saya agak susah mengalirkan air mata!.

Beliau mengangguk kepala sebagai tanda memahami kenyataan saya, namun saya dapati air mata beliau sudah hendak keluar tanda terharu dengan kehadiran anak-anak muridnya. Saya sudah tidak pedulikan kawan-kawan lain yang mengelilingi wad tersebut.

Saya bertanyakan berkenaan bila boleh keluar dari hospital. Beliau mengatakan belum mendapat arahan dari doktor. Beliau juga mengatakan doktor menyuruh berehat dan rawatan perlu diteruskan.

Saya dapati sahabat saya Ustaz Saimin Jamirin, sedang mengeringkan peluh yang keluar dari dahi dan muka beliau. Mungkin beliau merasakan demam yang amat sangat.

Saya sempat sembang dengan pak guru  sekitar 15 minit sebelum meminta keizinan balik ke kampung untuk menghantar keperluan di sana. Namun saya telah berjanji akan kembali semula petang nanti.

Sekitar jam 2.00 petang saya kembali ke hospital, namun saya terbaca sms dari Ustazah Halisah Japin yang mengatakan beliau telah dibawa dengan ambulan ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut.

Saya terus bergegas ke sana….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s