PAK GURU SEMAKIN TENAT


Saya bergegas balik ke Keningau. Kebetulan juga rumah saya berhampiran dengan Hospital Besar Keningau.

Sekitar jam 8.oo malam saya ke Hospital, lalu bergegas ke aras 3. Namun hampa, pak guru tidak tidak kelihatan pada wad yang dihuni beberapa orang pesakit.

Saya lalu bertanya kepada jururawat yang bertugas di kaunter. Dengan lembut mengatakan pak guru telah dipindahkan ke aras 2, iaitu bahagian Unit Rawatan Rapi (ICU). Perasaan saya cukup tidak selesa dengan keadaan ketika itu.

Saya dengan dibantu oleh pengawal kesalamatan menuju ke hujung bangunan aras 2 berhampiran dengan kantin hospital tersebut.

Saya dapat di situ ada beberapa orang menunggu di luar termasuklah isteri Pak Guru, kakak Sharifah Nadrah. Saya bertanyakan kabar mengenai Pak Guru kerana kebetulan ketika itu doktor tidak membenarkan orang luar melawat kerana rawatan sedang dilakukan.

Ustaz Lokman Lubis (adik kepada Pak Guru) memberitahu bahawa Pak Guru telah diberi ubat penenang (ubat tidur). Ini membolehkan beliau menahan kesakitan yang melanda. Mudah-mudahan keadaannya beransur pulih.

Sekitar jam 9.00 malam barulah saya mendapat peluang menjenguk wajah Pak Guru. Perasaan sedih dan kesihan tidak dapat dibayangkan ketika itu. Tidak semana-mana, air mata saya mengalir setelah lama merenung wajah Pak Guru. Saya terkenang 1001 macam jasa beliau sepanjang saya menerima pendidikan darinya.

Seperkara yang perlu diketahui tentang Pak Guru, iaitu mendidik dan mentarbiah anak-anak muridnya tanpa mengikut had jam kredit. Didikan pada Pak Guru bukan terhad hanya dalam kelas dan bilik darjah semata. Malah di luar kelas juga pelajar dididik sebagaimana ayah mendidik anak sendiri (kebetulan Pak Guru tidak dianugerahkan anak sendiri).

Saya ditenangkan oleh Ustaz Lokman. Sempat doakan kesejahteraan Pak Guru sebelum balik ke rumah sekitar jam 11.20 malam.

One comment on “PAK GURU SEMAKIN TENAT

  1. setelah di ijazahkan pedang padamu berupa aqidah.perginya tidak sia2.gengam erat.perjuangannya belum lagi selesai aku,kamu,dan mereka2 yang memikul panji islam.dari titisan air liur yang melimpah dari mulutnya,berupa mutiara.masi sakit penangan tangannya seolah tidak mahu terhenti dakwah itu di sini.terus kan mengibar panji2 islam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s