PAK GURU HAJI AHMAD DARBI LUBIS MENINGGAL DUNIA


Jam 7.20 pagi tadi saya telah menerima panggilan daripada sahabat saya Ustaz Azmi Haji Sidik yang meyampaikan berita sedih. Berita mengenai Pak Guru Haji Darbi Lubis telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 7.00 pagi tadi.

Saya yang terkejut dengan berita berkenaan menyalinkan sms tersebut kepada semua sahabat lain yang juga mantan anak-anak didik beliau.

Walau bagaimanapun saya terpaksa juga menghabiskan dulu mesyuarat jabatan yang saya sendiri perlu menghadirinya.

Berita lanjut sekitar penghormatan terakhir jenazah beliau, sila lawati: http://abunuha.wordpress.com/2009/07/15/sekitar-penyelenggaraan-janazah-allahyarham-tuan-guru-ustaz-hj-ahmad-darbi-lubis/

Al-fatihah.

9 comments on “PAK GURU HAJI AHMAD DARBI LUBIS MENINGGAL DUNIA

  1. Kepergian Tuan Guru Hj Ahmad Darbi Lubis buat selama-lamanya benar-benar meninggalkan kesan di hati. Walaupun baru mengenali beliau secara dekat sejak berpindah ke Tambunan pada 3 Ogos 2008, saya rasakan saya sudah lama mengenalinya. Tiada tempat lain yang paling mudah untuk bertemu beliau melainkan di Masjid Pekan Tambunan. Di sanalah saya kenali beliau secara dekat. Hanya dalam tempoh beberapa bulan mengikuti pengajian Kitab Sirus salikin setiap malam jumaat selepas Isyak yang beliau kendalikan, rasanya banyak ilmu yang sangat bernilai dan benar-benar menyentuh hati dapat diperolehi. Ketibaan pengajian sekali seminggu itu bagaikan ditunggu-tunggu. Rakan-rakan pemburu dan pencinta ilmu dari Daerah jauh seperti Keningau juga tidak pernah mengeluh untuk mengharungi dan meradah kegelapan malam untuk menimba ilmu dari Tuan Guru. Kalimah2 yang keluar dari mulutnya amat menyentuh jiwa berkat keikhlasan Tuan Guru menyampaikan Ilmu. Saya masih ingat pesan Tuan Guru dalam pengajiannya pada 2 April 2009 mengenai keutamaan belajar dan menimba ilmu dari seberapa ramai guru. Katanya, usahakanlah mengenali dan belajar dari pelbagai guru. Insyallah, di akhirat kelak mereka bakal jadi saksi atas kebaikan yang kita lakukan. Katanya lagi, alangkah untungnya kita andai ramai orang-orang alim yang kenal dengan kita. Banyak lagi yang beliau sebut mengenai kelabihan mencari ilmu dan bergaul dengan para alim ulama yang tidak dapat disebutkan di sini. Kini bumi Tambunan bersedih atas kepergian seorang insan yang begitu banyak berjasa dalam pembangunan Islam di Bumi Tambunan. Semoga Allah menerima segala amalnya.

  2. ya allah…engkau punya ketentuan yang tak bisa kami halangi…takdirkanlah orang yang turut memeliharaku sejak kecil ini dkalangan orang2 yang beriman dan ampunkanlah dia sepanjang hayatnya….amin..ya robbal a,lamin……

  3. kenangan bersama2 keluarga Tuan Guru masih dalam ingatan. hanya doa dapat dipohon moga2 rohnya dikasihi olehNYA.

  4. kita , sebagai anak2 juga murid2 Allahyarham Tuan Guru , hendaknya janganlah lupa mendoakan kesejahteraan Rohnya , tiap detik setiap ketika walau dimana jua kita berada ..mudah2an segala pesan , segala Ilmu dan petua2 hidup yang pernah dititipkan pada kita diamalkan ,

    semoga bertambah kukuh ikatan ukhuwah sesama kita Alumni SUIS khasnya , kita teruskan perjuangan Tuan guru sebagaimana pesannya sebelum ini ..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s