TAKZIAH BUAT USTAZ RUSTAMIN


Tengah rancak bermesyuarat pagi tadi, saya mendapat sms daripada sahabat dari Daerah Tambunan mengatakan Cik Syafawati Rustamin telah meninggal dunia pagi awal pagi tadi.

Terkejut dan terkedu sejenak. Manakan tidak, kemarin lalu Ustaz Rustamin sibuk menguruskan jenazah Pak Guru. Hari ini pula anak kesayangannya meninggal dunia. “Amat benar, Allah SWT lebih mengasihi hamba-Nya

Arwah adik Syafawati merupakan seorang yang pintar dalam pembelajarannya. Saya amat mengenalinya, sebab dia adalah junior di sekolah berkenaan.

Semoga pemergian beliau mendapat limpahan rahmat dari Allah SWT. Apatah lagi di hari yang berkat ini (Jumaat).

Alfatihah..