BERMULANYA PERJALANAN KE ALAM BARZAKH


Jenazah adik Syafawati Rustamin tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu jam 1.00 pagi tadi. Jenazah beliau disambut ahli keluarganya bersama sahabat dari Tambunan khususnya di kalangan Alumni SUIS Tambunan.

Jenazah terus di bawa ke Kampung Nopung 2 Ranau, iaitu kampung ibu arwah. Sekitar jam 5 jenazah tiba di perkampungan lalu di mandikan dan dikapankan.

Saya tiba di Kampung Nopung 2 sekitar jam 10.30 pagi setelah bertolak dari Kota Kinabalu seawal jam 8.00 pagi. Alhamdulillah Allah SWT permudahkan urusan perjalanan.

Saya terus mencapai buku Yaasin dan menghabiskan membacanya sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan. Sudah menjadi kelaziman sebelum jenazah diusung, keluarga atau wakilnya akan meminta kesaksian kebaikan arwah.

Seperkara yang saya satu tahu mengenai arwah adik Syafawati, beliau adalah seorang yang rajin, pintar dan bijak menyelasaikan permasalahan pembelajarannya. Beliau yang meneruskan pelajarannya di Universiti Islam Malaysia (UIA) dan seterusnya telahpun mendafatar untuk mengikuti pengajian ke peringkat Master.

Walau bagaimanapun, Allah SWT lagi mengasihi hamba-hambanya. AL-FATIHAH..

2 comments on “BERMULANYA PERJALANAN KE ALAM BARZAKH

  1. Utusan (isnin 12.10.09/ms10)
    Dah lama tak jumpa Ustaz Rustamin. Syukur kerana dapat jumpanya walau hanya
    diatas kertas. Mudah2an harapan ustaz terhadap adik2 arwah Safawati menempah
    kejayaan menjadi nyata.
    Wasallam.

  2. Respon Pada Sahabat Musa. Sekarang Ustaz Rustamin telahberpindah ke SAR Kg Timbua Ranau.
    Kalau tuan ada masa lain kali kita boleh lawat beliau. InsyaAllah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s