TAHNIAH BUAT QARI SABAH


Semalam saya mengikuti siaran langsung MTQ Kebangsaan. MTQ semalam merupakan majlis yang ke 52 dan kali ini tuan rumah adalah Negeri Perak. Difahamkan insyaAllah tahun depan giliran sabah pula akan menjadi tuan rumah.

Tuan Haji Abdullah Abdul Wahid

Wakil Qari dari Sabah, Tuan Haji Abdullah Wahidmendapat tempat ketiga pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan itu. Beliau telah memperoleh markah sebanyak 79.67 markah berbanding Awangku Omar Asfuaddin yang menerima 81 markah sebagai johan dan Anuar Hasin muncul 80.33 markah sebagai naib johan.

Apa pun, saya berpendapat prestasi baik beliau ini juga adalah hasil daripada usaha kerajaan Negeri Sabah mengubah format MTQ pada Peringkat Negeri bermula tahun ini.

Melalui format MTQ tahun ini, hanya johan qari dan qariah pada peringkat Daerah yang melepasi 70 peratus sahaja layak ke saringan akhir. Seterusnya hanya qari dan qariah yang melepasi markah 70 peratus di peringkat saringan akhir sahaja yang layak bertanding ke MTQ Negeri. Namun, hanya 4 qari dan 4 qari sahaja yang akan terpilih.

Sabah juga harus berbangga kerana Tuan Haji Abdullah Wahid, telah mewakili Malaysia ke Tehran, Iran untuk memenuhi undangan kerajaan di sana untuk memperdengarkan bacaan ayat-ayat Al-Quran. Tahnian!

By pustakaalghazali Posted in Dakwah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s