NAMAKAN SUI TAMBUNAN KEPADA SRA AHMAD DARBI, TAMBUNAN


Semasa saya sedang menanti masa Majlis Perasmian Persidangan CIO ICT Kementerian dan Jabatan di Hotel Meridian sekitar jam 8.00 pagi tadi, saya didatangi sahabat saya Encik Ranchong Amin, Penolong Pegawai Daerah Nabawan.

Sedang rancak berbual mengenai karier masing-masing, beliau sempat mencadangkan agar nama Sekolah Ugama Islam Pekan Tambunan (SUI Tambunan) itu ditukar kepada Sekolah Rendah Agama Ahmad Darbi (SRAAD Tambunan).

Ini memandangkan, sekolah berkenaan merupakan sekolah agama yang telah diasaskan oleh Allahyarham Tuan Haji Ahmad Darbi Lubis pada tahun 1972. Maka wajarlah nama sekolah tersebut dijenamakan demi penghormatan dan mengenang jasa beliau.

Saya amat bersetuju dengan cadangan tersebut, namun perlu diperbincang lanjut dari segi teknikel nama yang perlu diguna pakai.

Justeru itu, kiranya ada sahabat di kalangan Alumni SUIS Tambunan mahupun sahabat lain yang membaca artikel ini saya amat alu-alukan cadangan dan komen mengenai tajuk di atas.

7 comments on “NAMAKAN SUI TAMBUNAN KEPADA SRA AHMAD DARBI, TAMBUNAN

  1. pada pendapat cucu baik juga cadangan saudara ranchong dan sahabat menukar nama sui kepada SRA AHMAD DARBI sempena nama Almarhum Ustaz Hji Ahmad Darbi Lubis selaku pengasas sekolah tersebut. Apala salahnya kita mengenang jasa orang yang yang telah banyak menyumbang ilmu dan dakwahnya di Tambunan. ..banyak sekolah, madrasah yang mengguna nama sempena pengasasnya cuba kita lihat di kelantan, kedah, pulau pinang. bagi cucu menyokong penuh cadangan tersebut…cuma kita kena ingat sekolah tersebut adalah dibawah kawal selia pusat pendidikan JHEAINS sabah, mau tidak mau mesti melalu JHeains…sahabat ustz Jumain lebih arif ttg hal ini, cubla risik2 di atas tu..

  2. Salam. Cadangan tersebut amat baik dan wajar diberi perhatian. Saya menyokong penuh. Risik2 lah Ketua Penolong Pengarah Pendidikan kita , Ust. Hj Saifuddin Hj Daud mengenai hal ini. Saya kira, Ybhg. Tuan Pengarah Jheains akan mengambil perhatian akan perkara ini. Kehadiran Ybhg. Tuan Pengarah di rumah Allahyarham ke Majlis Tahlil arwah (malam) di Tambunan pada hari pengkebumian satu tanda keperihatinan beliau terhadap sumbangan dan jasa Allahyarham. “Perjalanan sejauh seribu batu bermula dengan langkah pertama” . Langkah pertama sudah bermula, melangkahlah terus ke langkah kedua dan seterusnya. All the best!

  3. saya amat bersetuju dengan pendapat ust. bagi saya tuan pengarah JHEAINS dapat pertimbangkan nya Insya Allah

  4. saya sependapat dengan cadangan tersebut. saya salah seorang anak didik arwah guru yang paling dihormati. jika majlis alumni nak adakan mesyuarat tekankan agenda tersebut sebagai satu agenda mesyuarat.

  5. tidak payah risik2 pendapat ka pa , terus letak nama SUI Tbn kepada nama sekolah agama Tuan Guru , buang masa risik2 ni , majoriti setuju ..

    tengok tempat lain , di Labuan ..sandakan , Tawau , semenanjung semua bubuh nama guru pengasas sekolah sebagai penghormatan dan kenangan , yang kita ini berat betul mau buat kenapa ? bilang sayang dengan tuan guru , kalau tidak ..simpan nama saya ja la amacam ?

  6. lagipun yang bertukar cuma nama , kokurikulum masih sama ..bukan ada luak apa2 pun , harap sangat2 usaha ini berjaya ..kamurang kasi buat betul2 [ pihak berkenaan ] kalau tidak sampai kiamat saya kecewa , betul ni ..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s