Semasa saya sedang menanti masa Majlis Perasmian Persidangan CIO ICT Kementerian dan Jabatan di Hotel Meridian sekitar jam 8.00 pagi tadi, saya didatangi sahabat saya Encik Ranchong Amin, Penolong Pegawai Daerah Nabawan.

Sedang rancak berbual mengenai karier masing-masing, beliau sempat mencadangkan agar nama Sekolah Ugama Islam Pekan Tambunan (SUI Tambunan) itu ditukar kepada Sekolah Rendah Agama Ahmad Darbi (SRAAD Tambunan).

Ini memandangkan, sekolah berkenaan merupakan sekolah agama yang telah diasaskan oleh Allahyarham Tuan Haji Ahmad Darbi Lubis pada tahun 1972. Maka wajarlah nama sekolah tersebut dijenamakan demi penghormatan dan mengenang jasa beliau.

Saya amat bersetuju dengan cadangan tersebut, namun perlu diperbincang lanjut dari segi teknikel nama yang perlu diguna pakai.

Justeru itu, kiranya ada sahabat di kalangan Alumni SUIS Tambunan mahupun sahabat lain yang membaca artikel ini saya amat alu-alukan cadangan dan komen mengenai tajuk di atas.