MEMBUKUKAN SEJARAH PENUBUHAN SUIS TAMBUNAN


Alhamdulillah sekitar jam 11.00 pagi tadi saya telah menghubungi Kak Sharifah Nadrah, isteri arwah Pak Guru Haji Darbi Lubis. Tujuannya adalah mengenai perkembangan hajat Kak Sharifah untuk kembali ke kampung halamannya di Medan, Indonesia.

Saya ada mencadangkan pada Kak Sharifah, yang kami amat gembira kiranya terus tinggal dan menetap di Daerah Tambunan. Namun jawab beliau, tiada siapa yang ada di sini (katanya dalam keadaan sebak).

Saya menamatkan perbualan mengenai perkara itu, kerana saya dengan sahabat lain akan melawat beliau esuk (Jumaat) nanti.

Seperkara yang sempat saya sentuh adalah mengenai gambar-gambar arwah yang tersimpan di rumahnya. Saya memohon keizinan beliau agar gambar-gambar yang ada dikumpul untuk tujuan pembukuan sejarah penubuhan SUIS Tambunan. Saya merasakan sesuatu yang wajar kiranya sejarah penubuhan SUI Tambunan dibukukan.

Pada sambutan Jubli Perak SUI Tambunan pada tahun 2000 lalu, saya terlibat secara langsung dalam penerbitan buku sejarah SUI Tambunan 1972-2000. Namun penampilan buku tersebut masih banyak yang perlu dipertingkatkan untuk tatapan umum.

Pada sahabat di luar sana, kiranya ada idea untuk merealisasikan impian ini.

24 comments on “MEMBUKUKAN SEJARAH PENUBUHAN SUIS TAMBUNAN

    • Terimakasih dengan reaksi sdri Syakila. SMU yang ada sekarang adalah dulunya bangunan SUI juga. Menjadikannya SMU juga adalah sentuhan arwah juga. Semuanya akan terungkai dalam buku sejarah yang kelak kami akan usahakan.InsyaAllah.

  1. Assalamualaikum semua..

    Saya amat bersetuju dengan cadangan penggunaan SRA Ahmad Darbi, Tambunan untuk ganti SUI Tambunan.

    Allayarham pernah berkata dulu.. SUI Tambunan adalah nadi dan jantung beliau. Jelas selepas perkhidmatan beliau sudah tamat (pencen ) pun, beliau masih ingin kekal di Tambunan…meskipun sebenarnya banyak tawaran dan jemputan untuk beliau berkhidmat dimana-mana… dan alhamdulillah Allah Maha Adil… Kita di kurniakan hadiah besar dengan jasad beliau yang bersemadi di tanah kita..

    Mari kita beri sokongan penuh untuk semadikan juga SUI Tambunan sempena nama beliau agar Nama besar ini jadi pertanyaan generasi Islam dimasa-masa akan datang. dan Insya’allah..nama ini akan sentiasa kita sebut dan kita kenang..

  2. SALAM… Sesuatu yang amat wajar disokong.
    Salah satu tanda menunjukkan kemuliaan satu nama yang
    akan disebut2 sehingga bila2

  3. Assalamualaikum………….
    saya bersetuju dengan penukaran nama tersebut, namun pihak alumni SUIS mesti dapat meyakinkan masyarakat Islam Tbn kenapa dan mengapa penukaran nama tersebut.
    Saya yakin sahabat semua tahu situasi yang biasanya dihadapi apabila syor yg sedemikian dkemukakan.

    • Tuan..
      Saya gembira bila nampak nama Juinon Masidin,sahabat yang telah lama menyepi.Juinon masih di semenanjung ka,atau masih di Pasir Mas?.harap dpt hubung kawan-kawan lama.datang2 la di Tambunan.

    • Salam….
      ha..ha…nampaknya sahabat2 kita ramai yang dah nak timbul di maya ini…..
      mudah2an persahabatan kita akan terus kekal. Ada sesiapa yang nak datang ke Johor, singahlah di No9, jln Setia 6/19, Taman Setia Indah, 81100 Johor Baharu, Johor(0137507634)

  4. Saya pernah ternampak satu kajian (Kertas Projek) mengenai sejarah dan perkembangan SUIS Pekan Tambunan ketika berkunjung ke perpustakaan UKM dulu. Cuba-cubalah saudara cari kertas projek untuk memantapkan lagi kajian saudara..

  5. Saya juga bersetuju nama SUI ditukar. Buat masa ini ada seorg pelajar saya sedang buat peranan pendakwah dan guru agama Indonesia di Sabah yang ada menyebut peranan Allahyarham. Sudah sampai masa sebuah buku berkenan sejarah SUI tambunan diterbitkan. Pihak kami di Program Sejarah sedia membantu dalam usaha ini. Malah buku mengenai Islam di Sabah pun amat kurang sekali. kajian diperingkat MA dan PhD memang sedang berjalan mengenai perkembangan agama islam di Pedalaman oleh beberapa org pelajar kami.

  6. Assalamualaikum tuan2,puan2,kwn2… walau anda semua berada dimana-mana pun
    pertama sekali kita bacakan doa & al Fatihah kpd Allahyarham Ust. Darbi Lubis Tokoh Muslimin smga Allahyarham sentiasa dlm rahmat ilahi.
    Saya bersetuju sekali dgn cdgn penukaran nama S U I itu smpena mengingati jasa besar Allahyarham .( kena cari nama yg sesuailah kan) apa pun mesti ada perbincgn. so TQ. saya pun mau dtg utk prbncgn insya ALLAH. 0168143360 yamas.

  7. asalamualaikum warahamatullah..sudah sampai masanya kita sebagai anak murid kepada arwah(al fatiha sama2 kita sedakan) untuk mengenang jasa ustz yg terlalu besar kepada perkembangan islan di pedalaman sabah tambunan amnya yg dahulunya jumlah penduduk islam 2 dekad dahulu boleh di bilang dng jari..,oleh itu wajarlah sui yg di asaskan oleh beliau dan rakan2nya di tukar kepada apa yg disyorkan oleh sahabat2…walau apa pun perlu di perbincangkan dng cara terperinci yg pnting nama sekolah trsebut mestila ada nama arwah.,supaya umat islam tahu begitu besar jasa beliau kepada perkembangan islam di tambunan…semoga cadangan ini tercapai.,sama sama kita usahakan…semoga berhasil..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s