ENCIK NICHOLAS SYLVESTER SAMPAIKAN KHUTBAH JUMAAT DI MASJID DAERAH TAMBUNAN


Saya berkesempatan membawa Encik Nicholas Sylvester atau nama Islamnya Tuan Haji Muhammad Nicholas Sylvester dari Kota Kinabalu ke Tambunan untuk menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Daerah Tambunan.

Sememangnya saya mengenali beliau melalui buku beliau yang banyak terdapat dan banyak menyentuh mengenai perbandingan agama samawi.

Sedikit biodata beliau;

Tn Hj. Muhammad Abdullah Nicholas Sylvester merupakan pengasas Hidayah Center JIM yang terlibat secara khusus membantu saudara baru yang memerlukan bantuan. Sebelum ini beliau beragama Kristian. Setelah memeluk Islam, beliau mendapat latihan dakwah dari beberapa organisasi Islam Antarabangsa di Amerika Syarikat.

Sumber: http://forum.jiwang.org/index.php?showtopic=9151&st=60

Khutbah yang beliau sampaikan meskipun  ringkas tapi padat dengan fakta dan hujah. Inilah kelebihan beliau selaku pendakwah yang serba boleh.

Seusai solat jumaat, kami telah dijemput ke rumah Ustaz Haji Hadiq Ismail untuk jamuan tenghari.

 Ustaz Hadiq berkongsi maklumat dengan Haji Nicholas

Bertukar-tukar maklumat dan idea

Beliau berhujah dengan fakta dan ilmiah

Kemesraan yang ditunjukkan oleh Haji Nicholas cukup terserlah

Memohon keberkatan sebelum menjamah jamuan

Alhamdulillah, terimakasih dengan ihtiram duyuf dari Ustaz Hadiq. Semoga Allah SWT lipat gandakan rezeki

 

16 comments on “ENCIK NICHOLAS SYLVESTER SAMPAIKAN KHUTBAH JUMAAT DI MASJID DAERAH TAMBUNAN

  1. salam sahabat,

    nak bagitau boleh ka tuan hiasi sskit blog tuan, mcm tak menarik la, memboringkan, lemas nak tenguk…

    sori tuan…

  2. Khutbah yang pendek dan padat menepati ciri-ciri kutbah yang baik dan berkualiti. Semoga kehadiran Tuan Haji Muhammad Nicholas Sylvester ke Tambunan akan menambahkan lagi semangat umat Islam untuk menyemarakkan lagi dakwah Islamiah di sana. Secara peribadi, saya belum pernah bersemuka dengan beliau. Namun, dalam situasi yang lain, saya biasa berjumpa beliau bila-bila masa apabila saya membaca buku karangan beliau mengenai “Perbandingan Agama” dan menonton kuliah beliau dari rakaman yang didownload dari Website Masjid Negeri Sabah. Saya kira, memiliki buku tersebut satu keperluan dalam konteks umat Islam di Negeri Sabah. Buku tersebut merupakan salah satu rujukan utama dalam subjek perbandingan agama dalam Diploma Pengajian Islam (Lepasan Siswazah) di UMS . Membaca buku beliau membolehkan kita lebih memahami doktrin agama-agama lain. Latarbelakang beliau sebagai orang kuat Kristian sebelum memeluk agama Islam memberi kekuatan kepada buku tersebut. Saya berharap, satu masa nanti, saya dapat bertemu beliau. Sayang sekali, kebetulan saya masih di UIA ketika ini dan tidak berkesempatan balik ke Tambunan lebih awal. Semoga segala urusan di permudahkan Allah.

  3. ada dua fasal ..

    1] fasal blog ni ..walau tanpa hiasan , isinya bagus , padat , berilmu ,
    blog lawa cantik menawanpun kalau cerita entah apa2 tiada guna juga , seni dan bakat menghias tidak sama pada semua orang , bagi saya ini dah kita ok

    2] fasal tuan hj sylvestar , tahniah tuan berjaya membawanya ke tambunan menyampaikan khutbah , buat pembaharuan ..saya kenal tuan hj ni

    • Salam..fara boleh dapatkan di pejabat USIA Sabah. nmun kalau fara berada di tempat jauh kami boleh tolong kirimkan,

  4. salam………….maksih semua kerana mengingatkan saya pada asal usul sekolah suis,untuk pengetahuan you all saya tinggalkan sui pada tahun 1985 setalah tamat draja 6,kesan didikan ala Tentera di sui pada zaman tu banyak membantu saya dalam membina kehidupan saya sehingga sekarang…walaupun saya dah 20 tahun tak pernah mengunjungi sekolah tu lagi,,,namun sampai sekarang segalah memory masih terpahat dalam ingatan…segalah didikan tuan2 Guru pada masa tu amat berkesan sehingga sekarang…….walaupun berjahuan di sebarang laut tepi sya masih menyempan perasaan untuk datang ke tempat tu…

  5. salam… pemdapat saya untuk penambahbaikkan blog ini.
    1. background/latarbelakang/template blog ini boleh ditukar dengan warna yang bersesuai
    2. boleh letakkan ruangan chit chat
    3. boleh letakkan slide show gambar.
    4. boleh letakkan lagu/radio/tv yang bersusuaian.
    5. kat header boleh buat flash (gambar/tulisan bergerak).
    terima kasih tuan blog ini pendapat saya saja.

  6. saya saudara baru,menerima ketenangan setelah memilih agama Allah.namun keluarga saya tidak tahu tentang pengislaman saya.perasaan takut untuk bagi tahu bapa amat tebal kerana beliau seorang anti islam.minta tuan memberikan sepatah kata untuk saya.

  7. Tak sangka dapat masuk blog ustaz ni….scr kebetulan sbb nak cri teks khutbah jumaat. Rindunya di hati ketika melihat wajah ustaz Hadiq. Teringat masa study kat sui/smu dulu…terima kasih kepada guru2 yang banyak berjasa…semoga Allah mengampuni dosa2 kalian dan sentiasa mendapat rahmatnya..Amin.

  8. Tak sangka dapat masuk blog ustaz ni….scr kebetulan sbb nak cri teks khutbah jumaat. Rindunya di hati ketika melihat wajah ustaz Hadiq. Teringat masa study kat sui/smu dulu…terima kasih kepada guru2 yang banyak berjasa…semoga Allah mengampuni dosa2 kalian dan sentiasa mendapat rahmatnya..Amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s