HARAPAN KEPADA AJK USIA BAHAGIAN TAMBUNAN PENGGAL 2009-2012


Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana Mesyuarat Pemilihan AJK USIA Bahagian Tambunan telah berakhir dengan baik pada sabtu 29 Ogos 2009.

Terimakasih pada semua yang terlibat dalam menjayakan perjalanan mesyuarat ini khususnya AJK Wanita, Setiausaha Bahagian, Guru Besar SUIS Tambunan dan YM Ustaz Suhaidi Ag Damit selaku ketua JK Pemilihan.

Kepada semua yang terpilih termasuk saya, sama-samalah kita ingat-mengingati bahawa kepercayaan yang diberikan oleh perwakilan ini bukanlah satu kemegahan mahupun kekuasaan malah ianya merupakan AMANAH yang terbeban di atas bahu kita.

AMANAH ini pula tidak perlu dibangga-banggakan malah perlu dilaksanakan sebesar harapan perwakilan tapi mengikut kemampuan qudrat yang Allah SWT kurniakan.

Saya selaku Ketua Bahagian untuk kedua penggalnya, merasakan beban semakin berat. Kenapa, kerana perwakilan dan masyarakat kita semakin sensitif dengan apa yang berlaku. Justeru, harapan mereka adalah bagaimana AJK ini dapat menyelesaikan permasalahan mereka.

Apa pun saya cukup bangga, kerana sahabat barisan AJK terpilih adalah mereka yang sedia berkhidmat tanpa memikirkan apa-apa habuan dunia (malah tiada apa-apa) melainkan ganjaran Allah SWT.

Berikan saya sedikit masa memikirkan pembahagian portfolio AJK ini mengikut kemampuan dan pengalaman mereka. Apa yang saya letakkan (portfolio) adalah berdasarkan keyakinan dan penyelitian saya bahawa itu adalah kepakaran individu dalam barisan JK saya.

Saya mempunyai seorang timbalan dan Naib yang sememangnya mempunyai pengalaman besar dalam bidang masing-masing. Sudah tentu mereka ini akan mengetuai biro yang lebih mencabar dan lebih bersifat kemasyarakan.

InsyaAllah sesi ini saya akan mengetengahkan beberapa biro yang perlu dipimpin mereka yang berktrampilan.

Biro yang dimaksudkan adalah:-
a. Biro Ekonomi dan Pembangunan
b. Biro Kebajikan dan Kerja Sosial
c. Biro Pendidikan
d. Biro Penerangan dan Keahlian
e. Biro Dakwah
f. Biro Sukan dan Rekreasi
g. Biro Pengaduan Awam
h. Biro IT/ICT dan,
ada beberapa lagi yang perlu difikirkan.

SEKITAR MESYUARAT PEMILIHAN JK BAHAGIAN USIA TAMBUNAN


Semalam telah berakhir Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa Bahagian USIA Tambunan bagi sesi 2009-2012. Setelah mendapat reaksi daripada semua perwakilan yang mewakili 15 cawangan, maka hanya Timbalan Ketua Bahagian dan Ahli Jawatankuasa sahaja yang telah berlaku pertandingan.

Manakala Jawatan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Ketua Belia dan Ketua Wanita telah menang tanpa tanding.

Jawatan Pengerusi Tetap disandang semula oleh Saudara Shideq Kuntagil manakala Timbalan dimenangi oleh Tuan Haji Haimin Miun setelah penyandang laman Saudara Rahman Maidin tidak mempertahankan jawatan tersebut.

Seramai 75 orang perwakilan hadir iaitu 5 orang perwakilan bagi setiap cawangan yang boleh memilih.

Pemilihan tahun ini telah dirasmikan oleh Ybhg Datuk Haji Abdullah Hussin, Setiausaha Agung USIA Pusat.

Berikut adalah keputusan penuh pemilihan:

Pengerusi Tetap: Saudara Shideq Kuntagil, Timbalan Pengerusi Tetap: Tuan Haji Haimin Miun, Ketua Bahagian: Ustaz Jumain Abdul Ghani, Timbalan Ketua Bahagian: Ustaz Azmi Haji Sidik, Naib Ketua Bahagian: Saudara Cikgu Aziz Raimin, Ketua Wanita: Puan Nursuhana Abdullah, Ketua Belia: Ustaz Mohd. Zaki LauminAhli Jawatankuasa: Ustazah Suliah Jikah, Ustazah Zubaidah Abdul Rahim, Saudara Jalaludin Rahiman, Ustaz Salehuddin Rusinin dan Saudara Jasrin Sipai.

Semasa majlis perasmian

Semasa majlis perasmian

Sebahagian perwakilan yang hadir

Sebahagian perwakilan yang hadir

Sebahagian perwakilan wanita yang hadir

Sebahagian perwakilan wanita yang hadir

Penyerahan borang keahlian USIA

Penyerahan borang keahlian USIA

Ketua Belia Bahagian

Ketua Belia Bahagian

Naib Ketua Bahagian

Naib Ketua Bahagian

Timbalan Ketua Bahagian sedang memperkatakan sesuatu

Timbalan Ketua Bahagian sedang memperkatakan sesuatu

MESYUARAT PEMILIHAN USIA BAHAGIAN TAMBUNAN BAGI SESI 2009-20012


InsyaAllah, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Tambunan akan mengadakan Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa Bahagian pada 29 Ogos 2009 (Sabtu), bertempat di Dewan SUIS Pekan Tambunan, bermula jam 2.00 petang.

Perasmian mesyuarat akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Abdullah Hussin.

Selesai bermesyuarat semua perwakilan dan tetamu jemputan akan berbuka puasa di Masjid Daerah Tambunan dan seterusnya solat maghrib berjemaah.

Mesyuarat ini diadakan bagi memilih barisan jawatankuasa yang akan memimpin USIA Bahagian Tambunan bagi tempoh 3 tahun iaitu 2009-2012.

Saya bagi pihak USIA Bahagian Tambunan menyeru supaya sahabat di luar sana mengambil bahagian dalam mesyuarat ini seterusnya mencalonkan sesiapa sahaja individu yang difikirkan layak dan berkemampuan memimpin pertubuhan berorientasikan dakwah ini.

Di bawah adalah AJK USIA bagi sesi 2006-2009

AHLI JAWATANKUASA USIA BAHAGIAN TAMBUNAN
SESI 2006-2009

PENGERUSI TETAP
ENCIK NAIN @ SHIDDEQ KUNTAGIL

TIMB. PENGERUSI TETAP
ENCIK RAHMAN MAIDIN

KETUA BAHAGIAN
USTAZ JUMAIN ABDUL GHANI

TIMB. KETUA BAHAGIAN
ENCIK JAINIS @ JIANIS ABDULLAH

NAIB KETUA BAHAGIAN
ENCIK ABDUL AZIZ RAIMIN

SETIAUSAHA BAHAGIAN
ENCIK AZMI HJ SIDIK

PEN. SETIAUSAHA
ENCIK STANLEY @ AHMAD JOHARI GUGAU

BENDAHARI
ENCIK ARSHAD HAJI DIASIN

KETUA PENERANGAN
ENCIK RAJU UDDIN AJAI

KETUA BELIA
USTAZ MOHD. ZAKI LAUMIN

KETUA WANITA
PUAN NURSUHANA ABDULLAH

AHLI JAWATANKUASA
USTAZ MOHD YASSIN MD YUNUS
PUAN HAJJAH ZUBAIDAH ABDUL RAHIM
USTAZ HAMIM SULAIMAN
ENCIK JALALUDDIN RAHIMAN
PUAN ZALEHA HJ IBRAHIM
USTAZ RUSTAMIN AMAK JAMILA
USTAZ RAHIMUDDIN DIMAN
ENCIK ROSLIN ROSLI

JURUAUDIT DALAMAN
ENCIK NORDIN ZAINI
PUAN MAHANITON BEE HJ BASRAH

MESYUARAT USIA TAMBUNAN PADA 29 OGOS 2009


Khamis lalu saya telah menghadiri mesyuarat AJK USIA Tambunan mengenai persediaan Mesyuarat Agung AJK USIA Bahagian Tambunan. Mesyuarat Agung akan diadakan pada 29 Ogos 2009 bertempat di Dewan Serbaguna SUIS Pekan Tambunan.

Saya bagi pihak AJK USIA Bahagian Tambunan mempelawa para sahabat sekalian untuk hadir ke mesyuarat berkenaan. Mesyuarat bermula jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Selepas mesyuarat kita akan berbuka puasa di ruang legar Masjid Daerah Pekan Tambunan dan seterusnya menunaikan solat sunat terawih 23 rakaat.

Muafakat dalam menentukan hala tuju USIA Bahagian Tambunan

Muafakat dalam menentukan hala tuju USIA Bahagian Tambunan

AJK sedang khusyuk membincangkan persediaan AGM akan datang

AJK sedang khusyuk membincangkan persediaan AGM akan datang