KULIAH MAGHRIB HAJI NICHOLAS SYLVESTER DI KG. TONTOLOB TAMBUNAN


Sekitar jam 6.10 petang saya membawa Tuan Haji Nicholas Sylvester bersama Cikgu Jamil Dayan ke Kampung Tontolob Tambunan. Juga, rombongan sama dihadiri oleh sahabat saya Ustaz Azmi Haji Sidik bersama tiga orang kawannya.

Meski tampak kelewatan, namun masayarakat muslim di sana telah sedia menunggu dengan penuh semangat. Tahniah buat Ustaz Jabilin, Ustaz Mohd Zaki Laumin, Ustaz Salehudin Rusinin (Penulis Blog Abu Mitah), Cikgu Waideh dan jemaah yang lain atas persedian tempat dan jamuan.

Seusai solat Magrhrib berjemaah, kuliah maghrib diteruskan dengan dipengerusikan oleh Ustaz Jabilin.

Kuliah Tuan Haji Nicholas Sylvester cukup menarik di mana banyak membicarakan mengenai perbandingan agama dan peranan umat Islam komited dengan agama sebagai Deen Al-Haq.

Sekitar 2 jam kuliah berlangsung tanpa rasa jemu di kalangan jemaah. Apa yang menariknya, jemaah banyak menyanyakan persoalan yang selama ini mungkin terbuku dalam persoalan minda semua.

Kelihatan juga anak-anak mudi yang amat berminat dengan kuliah yang di sampaikan. Inilah sebenarnya pewaris dan penerus perjuangan agama ini akan datang.

Sebenarnya selain siri kuliah maghrib ini di sini, beberapa lagi kuliah lain diadakan di Kampung Babagon (pimpinan Tuan Haji Ayub Abdullah) dan di Kampung Monsok (pinpinan Ustaz Bungso Aziz, Timbalan Ketua PUM Sabah.

Majlis Ilmu yang sememangnya ditunggu-tunggu

Khusuk dengan penerangan Tuan Haji Nicholas Sylevester

Bersemangat mendengar kuliah maghrib yang jarang-jarang diadakan

Belum berganjak meski dua jam berkuliah

Ank-anak remaja amat berminat mengikuti kuliah ini

Anak-anak kecil juga turut hadir

4 comments on “KULIAH MAGHRIB HAJI NICHOLAS SYLVESTER DI KG. TONTOLOB TAMBUNAN

  1. Assalamualaikum wtb… Alhamdulillah program pemantapan akidah peringkat Tambunan selesai dgn pengisian2 yang sangat baik tanpa ada halangan yang besar. Semoga dapat diteruskan lagi pada masa akan datang, memandangkan cabaran yang sentiasa datang silih berganti kepada kita khususnya di daerah tambunan. Tahniah kepada penganjur & syabas kepada Tuan Hj Ayub AR, Tuan Hj Nick, Ust Bongsu dll yg telah berjaya membina keyakinan dan kefahaman kepada semua pecinta ilmu yang hadir. Sinar Islam tidak akan pernah pudar & malap. Gemerlapnya akan terus bercahaya. Islam agama yang unggul. Lalu, marilah kita semua berganding bahu, bersatu hati, membuka ufuk besar dalam jiwa kita dalam penghayatan agama; disamping memperdalamkan lagi pengetahuan serta kepakaran kita kepada isu2 yang berlegar disekitar kita. Marilah kita ummat Islam sama2 meraih tangan antara satu dengan yang lain jangan biar ada yang terlepas jatuh ke tangan kuffar. Mereka merencana sesuatu, sedang kita pun perlu memperkasakan lagi ikatan ‘tangan’ kita sesama & memperteguhkan ikatan ‘temali’ dengan ALLAH yang haq. Syukran pada semua…

    • Salam saudara Abu…

      Saya berasal dari Kg.Tontolob Liwan yg dilawati oleh Utz.Nicholas. Saya bekerja di Selangor dan telah menetap di Semenanjung sejak berumur 16 tahun. Untuk pengetahuan saudara, Utz Nicholas ni sangat dikenali dikalangan penggiat Dakwah di Semenanjung.

      Tujuan saya membuat komen disini adalah utk meminta para penggiat Dakwah Islam dan juga pihak berwajib yg berkenaan supaya terus membuat aktiviti2 seumpama ini dari masa ke semasa. Sebenarnya, kegiatan Dakwah di kawasan2 pedalaman Sabah adalah sangat2 jarang dilakukan. Akibatnya, kekuatan dan pemahaman tentang Islam semakin hari semakin longgar.

      Saya amat bimbang dgn gejala ini. Disamping itu, konsep berdakwah kepada penduduk pedalaman haruslah dititikberatkan dari segi konsep ajaran Islam yg tulin. Konsep ini penting utk memupuk dan mendedahkan penganut islam disini tentang SUMBER Islam yg sebenar iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Sebagai contoh, ketika saya masih Kristian dulu, saya amat hairan dgn satu amalan penduduk Islam di Kg.Tontolob yg menanam kepala kambing yg disembelih. Mereka akan memacak batang pokok/buluh dan mengikat “bendera’ sebagai tanda kepada “kubur” kepala haiwan yg disembelih tadi.

      Dismaping itu, penduduk Islam di kampung ini akan meletakkan duit syiling di atas kubur apabila ada kematian dan gotong royong pembersihan kubur. Saya bimbang, amalan “khurafat” ini akan memberi gambaran yg “pelik” kepada penganut agama lain, mahupun org Islam sendiri yg tidak pernah melihat amalan seumpama ini.

      Kesimpulannya, saya amat berterima kasih diatas usaha2 para penggiat Dakwah kita yg sanggup bersusahpayah untuk berjuang atas nama Islam. Semoga usaha saudara2 kita akan diterima Allah.
      Sekian.

      Wassalam

      • Waalaikumsalam NuluRanau,
        Saya amat berterimakasih dengan komen tuan yang cukup bernas.
        InysaAllah kita akan sama-sama menaburkan dakwah sebagai bakti kita di pedalaman.

  2. satu usaha yang bagus , tahniah pada yang berusaha ..

    banyakkan lagi aktiviti yang sebegini , kalau boleh bawa tuan haji Nickholas buat program kekampung yang lain , kitau ..sunsuron , patau , bambangan , dan kampun2 lain , terutama orang tua2 yang tebal semangat ‘kekitaan’ dan masih belum mengerti , beri perhatian pada mereka ..

    tumpukan pada kampung yang ramai masyarakat Islam , kalau boleh kumpul satu dua kampung dalam satu program , jimat masa jimat tenaga …

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s