Kitab Mengenai Aqidah Ahli Sunnah WalJamaah
Kitab Mengenai Aqidah Ahli Sunnah WalJamaah

Saya telah membeli dua buah kitab mengenai Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah hasil susunan Tuan Haji Said Haji Ibrahim Ibrahim, mantan Mufti Negeri Sabah. Kitab ini di pasarkan dalam edisi rumi dan jawi.

Kitab ini mengandungi 18 fasal yang mengupas secara padat pelbagai persoalan mengenai Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mudah untuk difahami dan sesuai untuk segenap lapisan.

Saya mencadangkan kiranya kitab ini dapat dimiliki oleh Para Imam Daerah, Imam Kariah, Imam Rawatib, PD, PRD, Guru KAFA, Guru Takmir dan para daie yang berhadapan dengan masyarakat awam.

Kitab ini mempunyai  353 muka surat dan berkulit tebal.