KASIHAN ORANG KAMPUNG


Saya mengambil keputusan balik ke kampung setelah hampir 2 minggu tidak berkesempatan ke sana.

Sama seperti kampung-kampung yang lain, sungai di kampung ini juga hampir kering kerana kemarau yang kian memanjangkan tempoh jangkanya.

Justeru itu saya dapati beberapa warga kampung ini, secara kebetulannya sedang giat bergotong royong menyiapkan paip graviti untuk kemudahan kampung ini.

Saya sempat bertanya mengenai projek kemudahan paip graviti ini. Pengerusi JKKK, Encik Jamaludin Sipai menerangkan ianya projek kepunyaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang diperolehi seorang kontraktor. Projek berkenaan disubkan pula kepada orang tertentu sebelum orang kampung mengurusnya dengan gotong royong.

Pada saya, sewajarnya projek seumpama ini perlu diurus oleh kontraktor yang dilantik tanpa membebankan orang kampung yang telah lanjut usia dan lemah. Apa salahnya, dengan peruntukan yang ada digunakan sebaiknya tanpa memangsakan orang tua-tua. (Info: Generasi muda dari kampung ini kebanyakkan telah berhijrah ke bandar dengan pelbagai latar kerjaya).

Apa pun saya cukup kagum dengan semangat yag ditunjukkan oleh warga emas ini. Sekalipun berat, namun survival perlu diteruskan.

Berdikari Demi Survival Hidup

Usaha Orang Kampung Yang Perlu Dipuji

Wajah Orang Kampung Yang Dahagakan Kemudahan Infrasruktur

Kepuasan Setelah Menyelesaikan Kemudahan Asas Kampung

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s