SEKITAR MTQ ANTARABANGSA DI PWTC


Qari Iraq, Usama Abdullah dan qariah Malaysia, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman masing-masing muncul johan majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-51 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Usama yang memperdengarkan Ayat 16 Surah At-Taubah meraih markah 91.96 peratus manakala Sharifah Khasif yang membaca Ayat 51 Surah Al-Anbiya memperoleh 94.75 peratus.

Qari Iran, Jafar Hadi Fardi Aghchay meraih tempat kedua dengan markah 91.92 peratus dan tempat ketiga dimenangi oleh Azhar Darma Djunaidi dari Indonesia dengan 91.71 peratus.

Bagi qariah, peserta Thailand, Natipa Manasia mendapat tempat kedua dengan markah 88.46 peratus manakala Dayang Nurul Akmalina Yahya dari Brunei memperoleh tempat ketiga dengan 86.21 peratus.

Johan qari dan qariah masing-masing menerima hadiah wang tunai RM14,339, piala, cenderamata dan iringan serta sijil, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima wang tunai RM10,754 dan RM7,169 serta cenderamata dan sijil.

Pertandingan kali ini juga memberikan hadiah sagu hati kepada para peserta berupa wang tunai RM3,584 serta cenderamata dan sijil penyertaan.

Keputusan tilawah diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim Tilawah, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Penonton yang ramai

Penonton yang ramai

 

Kumpulan Nasyid sedang membuat persembahan

Kumpulan Nasyid sedang membuat persembahan

Sultan Kedah dan Sultanah Kedah

Sultan Kedah dan Sultanah Kedah

Majlis Penyampaian hadiah

Majlis Penyampaian hadiah

Johan Qari dari Negara Iraq sedang mempersembahkan bacaan

Johan Qari dari Negara Iraq sedang mempersembahkan bacaan

Johan Qariah dari Negara Malaysia sedang mempersembahkan bacaan

Johan Qariah dari Negara Malaysia sedang mempersembahkan bacaan

One comment on “SEKITAR MTQ ANTARABANGSA DI PWTC

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s