NASIB MUALAF DI MALAYSIA


Saya hari ini melihat-lihat berita Utusan Malaysia sambil-sambil menunggu masa untuk kembali ke Kota Kinabalu setelah semalaman ke PWTC.

Pandangan saya terarah pada halaman ruangan forum pembaca yang memuatkan artikel mengenai nasib Mualaf di negara ini. Saya sengaja rakamkan artikel berkenaan ke blog ini dengan harapan akan menjadi bahan rujukan akan datang.

13 Ogos 2009 / 22 Syaaban 1430

Nasib mualaf di Malaysia

SAYA bertugas sebagai pegawai perubatan di agensi dan hospital kerajaan. Kerap kali saya berhadapan dengan pesakit dan keluarga yang menghadapi masalah sosial seperti kewangan untuk mendapatkan rawatan.

Rujukan kepada agensi bertanggungjawab seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Baitulmal dan sebagainya seringkali membuatkan saya terfikir apa fungsi sebenar agensi ini.

Berdasarkan respons pesakit saya, pegawai bertanggungjawab sering memberi ‘tugasan’ seperti ‘sila isi borang ini dan kembalikan kepada saya’, ‘sila tunggu surat dari JKM’, ‘kita akan buat lawatan ke rumah’. Kebanyakan daripada pesakit saya sama ada kurang berpelajaran atau kurang upaya sama ada dalam bentuk fizikal atau mental.

Paling menyedihkan sekiranya mereka adalah terdiri daripada golongan mualaf. Kes berikut mungkin perlu kepada perhatian semua pihak:

Kes 1:

Pesakit telah menganut agama Islam lapan tahun lalu selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya. Beliau akui sekiranya beliau masih menganut agama asal, mungkin telah lama beliau membunuh diri akibat hilang upaya, keluarga dan pekerjaan. Bantuan zakat untuk mualaf terhenti selepas lima tahun menjadi saudara baru. Akibatnya beliau sering-kali berulang alik ke JKM memohon bantuan. Akibat ‘kelantangan’ beliau menegur petugas di JKM, beliau disindir supaya meminta sedekah di tepi jalan saja!

Kes 2:

Pesakit memeluk agama Islam bersama isteri pada tahun 1973 dan dikurniakan seorang anak. Keadaan mereka sekadar cukup makan sehingga suami mengidap penyakit kemurungan serius dan berhenti bekerja. Rujukan ke JKM mengambil masa berbulan-bulan sedangkan beliau memerlukan perbelanjaan perubatan, persekolahan anak dan bayaran ansuran rumah yang tertangguh lebih tiga bulan. Keluarga isteri berusaha mengajaknya kembali ke agama asal tetapi suami bertekad walau apa yang berlaku, beliau dan keluarga akan tetap dalam Islam.

Kes 3:

Pesakit dari Sabah telah memeluk Islam tiga bulan sebelum cedera parah semasa bertugas akibat tembakan peluru. Beliau lumpuh seluruh badan dan terlantar di hospital.

Di dalam beg beliau hanya ada sejadah, kain pelikat, tasbih dan kad Perkim. Apa yang menyedihkan, bantuan daripada agensi berkaitan tidak serius yang akhirnya beliau terpaksa dihantar ke rumah kebajikan Kristian. Tidak pasti apa berlaku selanjutnya. Aduan kepada Perkim memaklumkan ada petugas dihantar ke hospital tetapi akibat masalah tenaga kerja, ia tidak dapat dilakukan dengan kerap.

Saya pasti terdapat lebih banyak kes seumpama ini yang dihadapi oleh kakitangan perubatan terutamanya di hospital. Apa yang dimusykilkan ialah:

l Tiada mekanisme di pihak berwajib yang mengislamkan mereka ini membuat susulan berterusan, bukan terhad dalam tempoh ‘saudara baru’ sahaja atau sekadar prasyarat untuk berkahwin.

l Sekiranya seseorang mualaf meninggal dunia, agak memeranjatkan kerana status Islam mereka dengan mudah diperoleh sehingga menimbulkan perbalahan kerana si mati didakwa tidak lagi mempraktikkan Islam.

l Tiada networking antara Perkim dengan NGO seperti Persatuan Cina Islam, India Muslim, Jemaah Islah Malaysia yang boleh dilakukan melalui pangkalan data yang diseragamkan.

l Menyediakan portal atau laman sesawang seperti yang dilakukan oleh Jakim di dalam menyediakan laman produk halal. Ini memudahkan sesiapa sahaja merujuk kes mereka ke pihak yang benar-benar serius membantu.

Apa yang diharapkan oleh saya dan mereka yang ikhlas membantu golongan terbabit tanpa mengira status keagamaan dan kaum ialah dapat memberi bantuan bukan setakat rawatan ubatan di klinik dan hospital, bahkan keluarga mereka yang turut menanggung masalah. Cuba bayangkan ia berlaku pada diri kita.

DR. PRIHATIN

Petaling Jaya, Selangor

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0813&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

2 comments on “NASIB MUALAF DI MALAYSIA

  1. Salam Takziah kita ucapkan kpd keluarga Almarhum Ust Asri Ibrahim -Rabbani- yg tlh menemuiNYA pada pagi tadi… sesungguhnya ini semua adalah ibrah dariNYA… Al-Faatihah utk beliau…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s