SEKITAR MAJLIS BACAAN YAASIN DAN TAHLIL


Sekitar jam 11 pagi saya bergegas ke Tambunan untuk menghadiri mesyuarat persediaan agung USIA Bahagian Tambunan.

Kebetulan juga, hari tersebut adalah hari ke-40 hari pemergian Allahyarham Tuan Guru Haji Ahmad Darbi ke rahmatullah. Saya mengambil peluang untuk sama-sama membaca yaasin dan tahlil pada majlis tersebut.

Bacaan Yaasin telah dipimpin sahabat saya Ustaz Sulaimin Musinin. Antara sahabat lain yang hadir adalah Ustaz Salehudin Rusinin (Abu Miftah), Cikgu Azmi Sidik (Naga Sakti), Ustaz Mohd Zaki Laumin dan ramai lagi.

Bacaan Yaasin dan Tahlil telah diadakan di Masjid Daerah Tambunan dan dihadiri para jemaah dari seluruh pelusuk daerah.

Jemaah berpusu-pusu pada majlis bacaan tahlil dan doa

Jemaah berpusu-pusu pada majlis bacaan tahlil dan doa

Sebahagian jemaah yang hadir

Sebahagian jemaah yang hadir

Ustaz Hadiq sedang menyampaikan tazkirah sebelum memulakan tahlil

Ustaz Hadiq sedang menyampaikan tazkirah sebelum memulakan tahlil

Ustaz Sulaimin sedang memimpin bacaan yaasin

Ustaz Sulaimin sedang memimpin bacaan yaasin

 

6 comments on “SEKITAR MAJLIS BACAAN YAASIN DAN TAHLIL

  1. Saya difahamkan bahawa tapak rumah Allahyarham Tuan Guru Hj Ahmad Darbi tinggal bersebelahan Masjid Daerah Tambunan itu adalah kepunyaan USIA. Rumah tersebut dibina atas ihsan USIA atas dasar peranan dan sumbangan besar Allahyarham terhadap pembangunan Islam di Tambunan sejak awal 1970-an lagi. Kini dengan pergi Allahyarham buat selama-lamanya, rumah itu telah kehilangan tuan. Rumah itu memang terletak di lokasi yang strategik. Mungkinkah ada perancangan tertentu dari pihak USIA atau mana-mana pihak berkaitan untuk membangunkan tapak itu ataupun menempatkan sesiapa yang berkelayakan untuk menggantikan peranan Tuan Guru selama ini. Atau, mungkinkah sesuatu dapat dilakukan untuk memastikan tapak tersebut berfungsi sepenuhnya untuk pembangunan Islam seperti pusat bimbingan, kelas mengaji al-quran dan ilmu-ilmu lain secara teratur. Atau, ia boleh diubah menjadi kelas bimbingan saudara-saudara kita, tempat bermesyuarat, tapak untuk majlis perkahwinan dan lain-lain lagi yang boleh difikirkan. Atau mungkinkah, buat permulaan, tapak tersebut boleh digunakan untuk kelas tahfiz dan lain-lain lagi.

    Semoga Islam semarak di Tambunan.

    • Respon kepada akhi Ahadin: InsyaAllah pengurusan USIA Bahagian Tambunan akan menentukan apa yang terbaik dengan mengambil kira semua kepentingan ummah.

  2. Assalaamualaikum wtb…
    Saya amat bersyukur kerana diberikan peluang besar oleh ALLAH SWT pernah mengecapi tarbiyyah di tangan Almarhum TG Ahmad Darbi Lubis. Hari semalam bacaan Yaasin & tahlil khusus untuk almarhum. Alhamdulillah seperti yang akhi Jumain katakan memang ramai yang datang. Dengan datangnya ramadhan almubaarak yang bermula esok hari, ummat Islam di Tambunan pastinya terasa-rasa kerinduan dengan almarhum. Apatah lagi beliaulah orang yang tidak pernah lekang mengimarahkan masjid Nurul Iman, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan saban tahun. Malah beliaulah antara imam tarawih yang digemari oleh makmum di sini. Masih terngiang-ngiang di telinga saya suara dan alunan merdu bacaan yang khas dari almarhum, sehinggakan terkadang apabila saya mengimami solat jamaah pun kadang-kadang terikut dengan alunan suara beliau. Alhamdulillah. Bukan memuja yang tidak bertempat, tetapi adalah wajar sebagai muridnya kita memiliki sikap menyayangi, menyantuni dan sentiasa mengenang jasa dan khidmatnya. Hatta sikap dan pendiriannya sekalipun, asalkan tidak jumud dan taklid semata-mata. Sesungguhnya, beliaulah ustazku, guruku, murabbiku… tanpa marah dan tegas beliau mungkin saja saya sendiri tidak seperti sekarang ini. Alhamdulillah sekali lagi.

  3. Salam…
    Sekadar renungan…syukur kerana saya pernah berguru dengan almahrum jugak ustaz2 dan
    ustazah2 yang lain di SUI Pekan Tambunan.
    – Melihat keadaan orang lain yang hilang pedoman, terasa bertuah
    kerana asas didikan agama masih tertanam dijiwa.
    – Berkenalan dengan ramai ilmuan agama menambahkan lagi rasa syukur
    atas asas didikan itu.

    Wasallam

  4. harap jangan sesekali di sia2kan bekas rumah allahyarham Tuan guru itu , buatlah sesuatu , samada ia dijadikan tempat meeting atau kelas tahfiz , atau kelas agama untuk orang tua2 , ramai tenaga pengajar di Tambunan yang boleh mengajar ..

    Rumah itu menyimpan sejuta kenangan indah dengan kita , biarlah ia berdiri disana dengan faedah agama pulak ..

    • ya… ana bersetuju dengan pendapat osman patau.. pertama sekali saya berjumpa dia pada tahun 2008 semasa hari raya aidilfitri selepas sembahyang raya.. nasihat yang diberikan terutamanya dalam soal rumahtangga sungguh menusuk kalbu dan diingati sehingga sekarang.. tahun ini ana bersempatan menziarahi pusaranya… sayu bangat rasanya… hanya kiriman al-fatihah mampu diberikan.. pengajaran paling besar yang ana dapat.. biar mati dihormati dan sebarlah ilmu walau sekecil zarah yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar.. pemergiannya satu kerugian besar bagi warga tambunan terutamanya dalam dakwah islamiah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s