HARAPAN KEPADA AJK USIA BAHAGIAN TAMBUNAN PENGGAL 2009-2012


Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana Mesyuarat Pemilihan AJK USIA Bahagian Tambunan telah berakhir dengan baik pada sabtu 29 Ogos 2009.

Terimakasih pada semua yang terlibat dalam menjayakan perjalanan mesyuarat ini khususnya AJK Wanita, Setiausaha Bahagian, Guru Besar SUIS Tambunan dan YM Ustaz Suhaidi Ag Damit selaku ketua JK Pemilihan.

Kepada semua yang terpilih termasuk saya, sama-samalah kita ingat-mengingati bahawa kepercayaan yang diberikan oleh perwakilan ini bukanlah satu kemegahan mahupun kekuasaan malah ianya merupakan AMANAH yang terbeban di atas bahu kita.

AMANAH ini pula tidak perlu dibangga-banggakan malah perlu dilaksanakan sebesar harapan perwakilan tapi mengikut kemampuan qudrat yang Allah SWT kurniakan.

Saya selaku Ketua Bahagian untuk kedua penggalnya, merasakan beban semakin berat. Kenapa, kerana perwakilan dan masyarakat kita semakin sensitif dengan apa yang berlaku. Justeru, harapan mereka adalah bagaimana AJK ini dapat menyelesaikan permasalahan mereka.

Apa pun saya cukup bangga, kerana sahabat barisan AJK terpilih adalah mereka yang sedia berkhidmat tanpa memikirkan apa-apa habuan dunia (malah tiada apa-apa) melainkan ganjaran Allah SWT.

Berikan saya sedikit masa memikirkan pembahagian portfolio AJK ini mengikut kemampuan dan pengalaman mereka. Apa yang saya letakkan (portfolio) adalah berdasarkan keyakinan dan penyelitian saya bahawa itu adalah kepakaran individu dalam barisan JK saya.

Saya mempunyai seorang timbalan dan Naib yang sememangnya mempunyai pengalaman besar dalam bidang masing-masing. Sudah tentu mereka ini akan mengetuai biro yang lebih mencabar dan lebih bersifat kemasyarakan.

InsyaAllah sesi ini saya akan mengetengahkan beberapa biro yang perlu dipimpin mereka yang berktrampilan.

Biro yang dimaksudkan adalah:-
a. Biro Ekonomi dan Pembangunan
b. Biro Kebajikan dan Kerja Sosial
c. Biro Pendidikan
d. Biro Penerangan dan Keahlian
e. Biro Dakwah
f. Biro Sukan dan Rekreasi
g. Biro Pengaduan Awam
h. Biro IT/ICT dan,
ada beberapa lagi yang perlu difikirkan.

One comment on “HARAPAN KEPADA AJK USIA BAHAGIAN TAMBUNAN PENGGAL 2009-2012

  1. tahniah la pada semua AJK yang baru dilantik.. semoga usaha kalian diredhai ALLAH swt dalam setiap aktiviti. pahala menanti disetiap amalan yang dilakukan. walaupun saya d ranau, saya berasa sgt gembira kerana usaha dikalangan umat islam.. proud to be muslim.. ๐Ÿ™‚ semoga kita sama2 sentias berada dalam redhanya.. amminn

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s