TARIKH BERAKHIR UNDIAN MENGENAI PENJENAMAAN NAMA SRA TAMBUNAN


Undian untuk mendapatkan pandangan dan pendirian mengenai Penukaran nama Sekolah Rendah Agama Tambunan kepada Sekolah Rendah Agama Haji Ahmad Darbi Lubis akan berakhir pada 15 Oktober 2009.

Keputusan undian atau tinjuan pendapat yang bermula sejak 1 Ogos 2009 ini sedikit sebanyak boleh dijadikan ukuran setuju atau tidak sekolah ini dijenamakan.

Terima kasih dengan undian dan pendapat sahabat sekalian.

BERAYA DI RUMAH DATUK HAJI SAIRIN HAJI KARNO


Saya mendapat maklumat daripada sahabat saya Ustaz Jadmin Mohd Soon bahawa Datuk Haji Sairin Haji Karno menjemput untuk datang beraya di rumahnya.

Sekitar jam 12.00  tengahari saya dan sahabat saya Ustaz Aslee Keek ke rumah beliau yang terletak di Taman Eden Height jalan Lintas. Rumah beliau berdekatan dengan bangunan Open Universiti Malaysia.

Datuk Haji Sairin Haji Karno merupakan Ketua Belia USIA Negeri Sabah. Kepimpinan beliau  di kalangan belia memang tiada tandingannya. Seperkara lagi, Datuk ini memang jenis orang friendly kepada sesiapa sahaja tidak kira muda atau tua.

Beliau suka memberikan nasihat sekiranya berkesempatan. Nasihat beliau banyak tertumpu kepada pengalaman lalu yang menurut beliau telah memberikannya kesenangan sepertimana yang dikecapinya kini.

Justeru itu, apabila beliau mengadakan rumah terbuka saya tanpa semana-mana akan datang. Hanya masa ini sahaja dapat bertemu dengan Datuk ini disebabkan beliau sentiasa sibuk dengan komitmen lain.

Saya mengambil kesempatan mencapai beberapa pulut bersama kari yang menjadi menu istimewa tengahari itu.

Semoga berjaya Datuk!

Antara tetamu yang hadir

Antara tetamu yang hadir

Pulut antara menu yang manjadi pilihan

Pulut antara menu yang manjadi pilihan

Dari kiri Ustaz Aslee, Ustaz Ismail, Ustaz Manaf, Encik Rosdi, Datuk Haji Sairin

Dari kiri Ustaz Aslee, Ustaz Ismail, Ustaz Manaf, Encik Rosdi, Datuk Haji Sairin

ZIARAH SYAWAL SAUDARA AZMAN HAJI RUSLAN


Saya mendapat mesej SMS daripada sahabat saya Saudara Azman Haji Ruslan pada 26 September 2009 sekitar jam 1.08 pagi.

Mesej berbunyi:

Dengan besar hati, saya dan keluarga menjemput ke Majlis Rumah Terbuka saya pada Hari Ahad ini 27 September 2009 di Kampung Bayangan, Keningau, Sabah.Bermula jam 11 pagi hingga 4 petang. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Setinggi-tinggi terima kasih atas kehadiran. Daripada Azman Haji Ruslan dan Keluarga.

Saya dan sahabat lain sepakat untuk hadir ke majlis ini.

Sedikit mengenai latar belakang beliau. Beliau merupakan seorang pemuda yang mempunyai bakat kepimpinan yang berkebolehan. Berkerjaya sebagai Peguam Syarie menampakkan beliau banyak bergaul dengan masyarakat.

Beliau juga adalah Ketua Belia USIA Bahagian Keningau, sebelum menyerahkan amanah tersebut kepada setiausahanya Saudara Irwan Jail disebabkan memikul tugasan yang lebih berat.

Yang menarik mengenai beliau adalah seorang yang mudah mesra. Beliau akan menjadi kawan kepada siapa sahaja. Perwatakan yang friendly ini menyebabkan masyarakat sekeliling tidak kekok berdialog dengannya.

Ketika saya dan Ustaz Sulaimin tiba di kawasan rumahnya, didapati beliau bersama Ustaz Mohd Yassin Yunus (Ketua Penerangan USIA Tambunan) sedang berborak sambil melayan tetamu yang tiba.

Saya juga sempat bertemu kawan-kawan lama seperti Iskandar, Ahmad Johari, Ah Kien dan ramai lagi yang tidak dapat saya sebut di sini. Dalam kesempatan itu, saya memilih Sup Payau (Rusa) yang menjadi menu istimewa pada majlis tersebut!

Semoga beliau terus maju ke hadapan dalam usaha memertabatkan Dakwah, Fasiliti dan Infrastruktur di Pedalaman ini.

Antara tetamu yang hadir

Antara tetamu yang hadir

Menyelerakan soto rusa

Menyelerakan soto rusa

Ustaz Akob dan Ustaz Sulaimin sedang menikmati soto rusa

Ustaz Akob dan Ustaz Sulaimin sedang menikmati soto rusa

Bergambar dengan Saudara Azman Haji Ruslan

Bergambar dengan Saudara Azman Haji Ruslan

Segak. Ustaz Sulaimin dengan Encik Azman Haji Ruslan

Segak. Ustaz Sulaimin dengan Encik Azman Haji Ruslan

By pustakaalghazali Posted in Lawatan

PUASA 6


BAGI sesetengah orang, Syawal dianggap bulan berpesta dan bersuka ria dengan jamuan dan juadah, sehingga ada yang meraikannya sebulan penuh seolah-olah puasa lenyap dalam kamus hidup mereka.

Tetapi hakikatnya, pada Syawal masih terdapat ibadat puasa iaitu ‘puasa enam’. Cuma ia tidaklah menjadi suatu kewajipan seperti dalam bulan Ramadan. Bagaimanapun, ibadat sunat itu adalah kesinambungan kepada ibadat Ramadan.

Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh terdahulu.

Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan ganjaran diperoleh mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya. “Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.” (Riwayat Muslim)

Dalam hadis lain dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w menjelaskan, sesiapa yang melakukan ibadat seperti itu (puasa Ramadan dan enam Syawal) dosanya dibersihkan seperti bayi baru dilahirkan ibunya.

Penegasan Nabi s.a.w itu menunjukkan puasa enam amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib. Baginda menggalakkan umatnya rajin beribadat, iaitu ibadat fardu disusuli amalan sunat.

Ibadat sunat enam hari itu juga adalah penanda aras keimanan dan ketakwaan seseorang terhadap Allah; sanggup berlapar dan dahaga ketika musim orang menikmati aneka juadah, semata-mata kerana menyahut anjuran agama.

Menurut ulama, puasa sunat enam hari pada Syawal sebaik- baiknya (lebih afdal) dilakukan berturut-turut, dimulai pada hari kedua Syawal dan diikuti lima hari lagi berturut-turut.

Tetapi jika tidak dapat, boleh dilakukan pada mana-mana hari asalkan masih di dalam bulan terbabit dan boleh juga dilakukan dengan tidak berturut-turut asalkan cukup enam hari.

Sesetengah ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal.

Ulama juga berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qada) Ramadan.

Pendapat pertama mengatakan tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Ini kerana berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat.

Sebagai contoh, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menggariskan adakah puasa enam boleh diniat sekali dengan puasa ganti: `Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qada.

Imam As-Syafi’i (di dalam Kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab `seyang tiap amalan dengan niatnya’ bahawa: Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qada dan puasa sunat.

Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam Kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qada ketika Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat itu) mengikut pendapat sebahagian ulama.’

Pendapat kedua mengatakan dibolehkan niat bersama, malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal.

Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.

Bekas ketua jawatankuasa fatwa al-Azhar, Sheikh `Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal puasa pada Ramadan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat bersama puasa ganti.

Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal.

“Bagaimanapun, dianjurkan seseorang itu menggantikan puasa tertinggal secara berasingan dengan puasa enam hari Syawal (supaya mendapat ganjaran yang lebih).”

Ada juga ulama berpendapat puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tiba Ramadan akan datang.

Sesetengah ulama berpendapat, orang yang mempunyai hutang puasa Ramadan hendaklah `membayar’ terlebih dulu, kemudian baru dikerjakan sunat puasa enam. Tidak mendapat sunat puasa enam jika ia juga diniatkan sebagai puasa qada.

Perbezaan pendapat itu sudah tentu memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, sesuai dengan konsep taysir (kelapangan) yang menjadi satu aspek penting dalam syariah, selagi mana tiada larangan terhadapnya.

Sumber: http://www.hmetro.com.my

By pustakaalghazali Posted in Tazkirah