UMAT ISLAM UIGHUR TIDAK DIGALAK BERPUASA


Dalam kerancakan umat Islam seluruh dunia menunaikan ibadah puasa, terdapat pula usaha golongan kuffar menghalang umat ini daripada menunaikannya.

Saya terbaca dalam Berita Harian Online semalam mengenai bagaimana umat Islam di wilayah Xinjiang tidak henti-henti menerima tekanan dan penindasan golongan pemerintah di sana.

Untuk makluman, Penduduk Islam di wilayah ini adalah terdiri daripada kalangan etnik Uighur.

Antara tekanan terbaru yang dihadapi umat Islam di sana adalah:-
a. Tekanan dengan mendapat notis agar tidak berpuasa di Bulan Ramadhan,
b. Memaksa umat Islam tidak mematuhi amalan agama ketika Ramadhan,
c. Menandatangani surat aku janji untuk tidak berpuasa dan amalan ibadat lain,
d. Mengarahkan restoran dibuka sepanjang bulan ramadhan,

Sekiranya arahan di atas tidak dipatuhi, hukuman sedia menanti!