BERKUNJUNG KE KAMPUNG NUKAKATAN


Hari ini saya ke dengan Cikgu Azmi Haji Sidik, Ustaz Mohd Zaki Laumin dan Ustaz Akob Baba memutuskan untuk hadir ke Majlis Berbuka Puasa di Kampung Nukakatan Tambunan.

Jarak Kampung Nukakatan dari Pekan Tambunan hampir 50KM.

Sebenarnya rancangan petang ini berbuka di Kampung Babagon, namun berlaku pertembungan dengan Kampung Nukakatan. Keputusan segera diambil, Majlis di Babagon telah dihadiri oleh AJK Wanita diketuai oleh Kak Nursuhana Abdullah.

Pada majlis tersebut, selepas maghrib majlis penyampaian bantuan zakat pada fakir miskin, tazkirah ramadhan oleh Ustaz Akob Baba, solat isya dan seterusnya solat sunat terawih.

Alhamdulillah, majlis cukup bermakna dengan kehadiran jemaah yang hampir memenuhi surau.

Sepanjang perjalanan bermula dari simpang Ranau didapati jalan menuju ke kampung seperi Kampung Kumawanan, Kampung Garas, Kampung Libang Laut dan Ulu, Kampung Kiporing, Kampung Situong-Tuong dan Kampung Widu masih dalam keadaan yang teramat sangat dhaif sifat dan rupanya.

Sebenarnya saya pernah mengupas isu ini suatu ketika dulu dalam blog ini juga. (sila rujuk).

USIA Bahagian ini akan terus bersuara mengetengahkan permasalahan rakyat ini kepada pihak berkenaan agar jangan dipandang sebelah mata.

Ironinya, sesetengah tempat di kampung di Daerah ini telah mendapat kemudahan jalan raya yang cukup memuaskan. Malah jalan turap ada yang sampai ke depan tangga juga. TAPI, kenapa kampung yang disebut masih belum ada kabar berita!

Apapun kami masih mengharap sesuatu tindakan dalam masa terdekat, apa akan jadi kiranya ada suara-suara mengomel nanti. Kuasa di tangan rakyat!

Pemandangan indah di Kampung Nukakatan

Pemandangan indah di Kampung Nukakatan

Sawah yang sedang giat diusahakan

Sawah yang sedang giat diusahakan

Akhirnya berjaya juga bighorn ni sampai ke sana

Akhirnya berjaya juga bighorn ni sampai ke sana

Turut kelihatan Ustaz Mohd Zaki dan Ustaz Sanusi

Turut kelihatan Ustaz Mohd Zaki dan Ustaz Sanusi