IHYA RAMADHAN DI SURAU KG. TAMPASAK LIWAN TAMBUNAN


Sempena bulan Ramadhan Al-mubarak tahun ini, Kampung  Tampasak Liwan adalah merupakan salah satu destinasi Program Ihya Ramadhan yang telah dipilih oleh USIA Bahagian Tambunan.

Pada 9 September 2009 (Khamis), lebih kurang jam 5.40 petang, saya dan seorang rakan Mohd Fikri bertolak menuju ke Kampung Tampasak Liwan, Tambunan. Meskipun saya orang Tambunan, namun belum pernah menjejakkan kaki ke kampung tersebut.

Peluang ini saya jadikan alasan untuk sampai walaupun pada awalnya saya teragak-agak untuk pergi seorang diri. Maklum saja apabila mendengar cerita rakan-rakan kedudukan kampung tersebut yang jauh dan jalanrayanya juga agak mencabar. Mujur juga saat-saat akhir, saudara Fikri mempunyai kelapangan untuk turut serta.

Mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk sampai dengan perjalanan mengharungi sungai, bukit- bukau dan lurah..(Kalau kenderaan tidak cukup ok..jangan cuba main berani.. sistem ‘brek’ dan ‘clutch’ mesti sempurna….o) akhirnya kami sampai di hadapan surau Kampung  Tampasak lebih kurang 6.25 petang. Ketika itu ahli jemaah kg sudahpun mula berbuka puasa. Mujur juga tidak sesat jalan sebab kami sebenarnya tidak begitu pasti arah tuju ke kg ini.

Saya amat terpegun dan terharu melihat kerjasama dan persefahaman yang dipamerkan oleh saudara-saudara kita disini.

Ini jelas digambarkan dari cara penyediaan jamuan berbuka yang mereka hidangkan. Hidangan ‘pot luck’ yang disajikan dengan masakan cara kampung (daging payau/rusa, ikan pelian, hinava, sayur pakis dan macam-macam lagi)amat menyelerakan kami, meskipun berlampukan ‘lampu pump’.

Sedih juga, tiang letrik dah ada tapi kg tersebut masih dalam kegelapan kerana saya difahamkan wang deposit untuk ‘wirering’ rumah-rumah di kampung tersebut dibawa lari oleh tukang wirering yang diamanahkan. Semoga individu ini mendapat kesedaran dan hidayah dari Allah SWT..untuk memulangkan hak penduduk di sini.

Selepas berbuka dengan jamuan ala kadar, kami melaksanakan solat Fardhu Maghrib berjemaah dan selepas itu sedikit tazkirah ringkas dan penerangan berkenaan hala tuju USIA Bahagian Tambunan (sebagaimana yang dipesankan kepada saya oleh Ketua USIA Tambunan, Saudara Jumain Abdul Ghani).

Sejurus selepas itu, barulah kami menikmati jamuan berat dengan menu pot luck yang saya sebutkan di atas..

Program di kampung ini berakhir lebih kurang pukul 9.00 malam dan kami memohon diri untuk berangkat pulang.

Sukar untuk digambarkan pengalaman baru yang saya perolehi dari kunjungan ini. Dalam keadaan negara kita yang sudah sekian abad merdeka, ingatkan tidak ada lagi rakyat di negara ini yang hidup serba kekurangan seperti ini.

Kanak-kanak disini masih berulang alik ke sekolah berjalan kaki sejauh 5-6 km sehari. Bukan berjalan di jalan rata tetapi terpaksa memerah keringat mendaki dan menuruni lurah.

Rasanya tidak ada alasan untuk mengenepikan hak segelintir rakyat untuk mengecapi apa yang dikatakan kemajuan. Sesuatu harus dilakukan oleh pihak-pihak berwajib agar nanti tanggung-jawab anda tidak dipersoalkan. Bukan hanya dari rakyat TERPINGGIR  tetapi juga dari Allah SWT.

tampasak1

Tampasak2

Tampasak3

Tampasak4

Catatan:
Cikgu Azmi Haji Sidik
Timbalan Ketua USIA Bahagian Tambunan

 

Advertisements

16 comments on “IHYA RAMADHAN DI SURAU KG. TAMPASAK LIWAN TAMBUNAN

  1. Tempat jatuh lagikan dikenang…. inikan pula kampung halaman. Bagi penduduk disana itu hanya sebahagian daripada cabaran kehidupan. Bersyukur dengan apa yang ada.Keadaan yang menjadikan mereka cekal dalam meneruskan kehidupan. Menjadikan mereka masyarakat yang bersatu padu, saling menganali, hormat menghormati, saling membantu.Kekurangan jalan perhubungan tidak pernah mematahkan semangat mereka……. buktinya, rata2 mereka mempunyai keanderaan yang lasak menempuhi cabaran cara panduan 4WD
    Namun jauh disudut hati mereka, mereka tidak mahu dipinggirkan daripada arus kemajuan.Mudah2an selepas ini mereka akan dapat kemajuan yang dihajatkan……..

  2. Asalamualaikum..salam ziarah kembali, tq melawat laman yang serba kekurangan ini, pagi sabtu saya ronda-ronda habis blog-blog aktif orang2 keningau, saya nak jalinkan ukhuwa persaudaraan sesama dengan cara menyapa laman mereka, jumpalah blog tuan yang penuh dengan keagamaan ini. Sama-sama kita teruskan perjuangan..tambunan keningau dekat dihati, tak jauh.

  3. selamat maju jaya tampasak liwan..kepada seluruh penduduk kampung tampasak liwan kami di sini mengucapkan selamat meyambut hari raya maaf zahir dan batin…

    • selamat maju jaya juga untuk adik2 ku yang jauh di mata..biarpun kg kita jauh di pelusuk sana,tapi kejayan kalian membuktikan kita anak2 cemerlang

  4. salam perpaduan………dah 53 tahun merdeka pun…masih belum mendapat kemudahan seperti jalan raya yang bertar dan elektrik…tetap memang ada namun…hanyalah janji kosong yang akan ditunggu sampai bila..
    inilah…pemimpin yang tak ada wawasan…org lain sudah menikmati
    keselesaan..GENERASI INI ..????????WHY???

    • salam, terimakasih keran mengunjungi blog yang tak seindah ini…..untuk norhidayah, inilah perlunya kita perlu bersatu suara untuk menyampaikan luahan hati….actually bekalan elektrik telah kitaorang suarakan dan alhamdulillah kini ada walaupun mash blm seratus peratus berfungsi….

      Dalam USIA, alhamdulillah kawan2 kita amat aktif dalam memperjuangkan hak kita….orang lain sudah berdekad maju..kampung kita masih dalam serba dhaif…. http://www.pustakaalghazali.wordpress.com

    • kita tunggu ja la..tuhan kan maha adil.yang penting usaha..kepada semua penduduk kg tampasak liwan,terutama keluarga saya,SELAMAT MAJU JAYA..doakan keselamatan kami d i sini

    • assalamualaikum kepada semua penduduk kg tampasak liwan,pa khabar..jadi alhamdulillah la kn kita panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan doa kta smua,akhirnya elektrik ternyalah jga..insyaAllah mudah-mdahan lpas ne jlan rya upgred lgi..kta doa sma2 la..

  5. salam unuk semua warga tampasak liwan,moga apa jua yang kamu perjuangkan mendapat keberkatan dari ALLAH swt..Walau pun saya sudah 18 tahun berhijrah ke J.Baharu namun tetap d kenang..tahniah pada kamuorang pejuang2 kemajuan kampong tampasak liwan…kepada saudara ustz jumain teruskan perjuangan untuk mengembangkan syair islam….

  6. salam tuk smua pndduk kg tampask liwan biarpn prjlanan kt kg kta bgtu nmun kta jngang brhnti brharap krna kta jga mampu mengubah nya d hri klak.dan kpda smua kuarga ak doakanlah kjyan ak d sni..slamat mju jya.

  7. assalamualaikum..kg tampasak liwan juga perlu dan mempunyai hak untuk menikmati kemudahan searus kemajuan negara kita kini.untuk itu,semoga kg tampasak liwan diberi keutamaan untuk tampak lebih maju dengan kemudahan-kemudahan yang diperlukan.gooo tampasak liwan..!!

  8. Pingback: Kg. Tampasak Liwan, Tambunan | Edu4U

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s