KEPIMPINAN USIA BAHAGIAN TAMBUNAN 2009-2013


Alhamdulillah Mesyuarat Pertama USIA Bahagian Tambunan bagi sesi 2009-2013 telah pun diadakan pada 12 September 2009 bertempat di Pejabat USIA Bahagian Tambunan.

Setelah memikir secara teliti akhirnya barisan ini akan menentukan survival USIA Tambunan dalam beberapa penggal mendatang.

Saya cukup berkeyakinan gandingan ini mampu melakukan sesuatu tranformasi besar berdasarkan kepakaran dan pengalaman masing-masing.

Senarai penuh kepimpinan USIA Bahagian Tambunan bagi sesi 2009-2013 adalah seperti berikut;-
1. Ustaz Jumain Abdul Ghani (Ketua USIA Bahagian Tambunan merangkap Ketua Biro Ekonomi & Pembangunan), 2. Ustaz Azmi Haji Sidik (Timbalan Ketua USIA Bahagian merangkap Ketua Biro Kebajikan dan Pembangunan Sosial), 3. Cikgu Abdul Aziz Raimin (Naib Ketua USIA Bahagian merangkap Ketua Biro Pendidikan), 4. Puan Nursuhana Abdullah (Ketua Wanita USIA Bahagian merangkap Ketua Biro Hal Ehwal Wanita), 5. Ustaz Mohd Zaki Laumin (Ketua Belia USIA Bahagian merangkap Ketua Biro Sukan dan Rekreasi), 6. Cikgu Raju Udin Raju (Setiausaha Bahagian), 7. Ustazah Norjannah Rusinin (Penolong Setiausaha), 8. Encik Archad Haji Diasin (Bendahari Bahagian), 9. Cikgu Mohd Yassin Mohd Yunus (Ketua Penerangan dan Penerbitan), 10. Ustaz Salehuddin Rusinin & Ustaz Hamim Sulaiman (Ketua Biro Dakwah dan Kerohanian), 11. Encik Jasrin Sipai (Ketua Biro Aduan Awam dan Kepenggunaan), 12. Ustazah Zubaidah Abdul Rahim, Ustazah Suliah Jikah, Tuan Haji Jamil Jali dan Cikg Roslin Rosli (Ketua Biro Keahlian).

Bahagian ini juga telah sepakat memperbaharui misi dan visi agar landasan terus segar untuk bergerak maju ke depan. Demikian juga Pelan Strategik akan dirangka segera bagi memudahkan proses mencapai misi dan visi.

Perbincangan penentuan hala tuju

Perbincangan penentuan hala tuju

Khusyuk meneliti amanah yang diberikan

Khusyuk meneliti amanah yang diberikan

TAHNIAH BUAT ABU MIFTAH


Ibnu Solah

Saya bagi pihak blog pustakaalghazali (Abu Al-Ghazali), mengambil kesempatan tahniah kepada Yang Mulia Ustaz Salehudin Rusinin atau lebih dikenali sebagai Abu Miftah dalam blognya atas kehadiran anak ketiganya.

Beliau yang juga AJK USIA yang memenanginya melalui Mesyuarat Agung USIA baru-baru ini. Beliau telah diamanahkan mengetuai Biro Dakwah dan Kerohanian bersama dengan Ustaz Hamim Sulaiman.

Puteri beliau lahir pada 08 September 2009 bersamaan dengan 18 Ramadhan 1430H kira-kira jam 6.05 petang di Hospital Keningau.

Semoga kehadiran puteri ini menjadi pendorong Abu Miftah terus dalam misi dakwahnya. Amin!