KEPIMPINAN USIA BAHAGIAN TAMBUNAN 2009-2013


Alhamdulillah Mesyuarat Pertama USIA Bahagian Tambunan bagi sesi 2009-2013 telah pun diadakan pada 12 September 2009 bertempat di Pejabat USIA Bahagian Tambunan.

Setelah memikir secara teliti akhirnya barisan ini akan menentukan survival USIA Tambunan dalam beberapa penggal mendatang.

Saya cukup berkeyakinan gandingan ini mampu melakukan sesuatu tranformasi besar berdasarkan kepakaran dan pengalaman masing-masing.

Senarai penuh kepimpinan USIA Bahagian Tambunan bagi sesi 2009-2013 adalah seperti berikut;-
1. Ustaz Jumain Abdul Ghani (Ketua USIA Bahagian Tambunan merangkap Ketua Biro Ekonomi & Pembangunan), 2. Ustaz Azmi Haji Sidik (Timbalan Ketua USIA Bahagian merangkap Ketua Biro Kebajikan dan Pembangunan Sosial), 3. Cikgu Abdul Aziz Raimin (Naib Ketua USIA Bahagian merangkap Ketua Biro Pendidikan), 4. Puan Nursuhana Abdullah (Ketua Wanita USIA Bahagian merangkap Ketua Biro Hal Ehwal Wanita), 5. Ustaz Mohd Zaki Laumin (Ketua Belia USIA Bahagian merangkap Ketua Biro Sukan dan Rekreasi), 6. Cikgu Raju Udin Raju (Setiausaha Bahagian), 7. Ustazah Norjannah Rusinin (Penolong Setiausaha), 8. Encik Archad Haji Diasin (Bendahari Bahagian), 9. Cikgu Mohd Yassin Mohd Yunus (Ketua Penerangan dan Penerbitan), 10. Ustaz Salehuddin Rusinin & Ustaz Hamim Sulaiman (Ketua Biro Dakwah dan Kerohanian), 11. Encik Jasrin Sipai (Ketua Biro Aduan Awam dan Kepenggunaan), 12. Ustazah Zubaidah Abdul Rahim, Ustazah Suliah Jikah, Tuan Haji Jamil Jali dan Cikg Roslin Rosli (Ketua Biro Keahlian).

Bahagian ini juga telah sepakat memperbaharui misi dan visi agar landasan terus segar untuk bergerak maju ke depan. Demikian juga Pelan Strategik akan dirangka segera bagi memudahkan proses mencapai misi dan visi.

Perbincangan penentuan hala tuju

Perbincangan penentuan hala tuju

Khusyuk meneliti amanah yang diberikan

Khusyuk meneliti amanah yang diberikan

3 comments on “KEPIMPINAN USIA BAHAGIAN TAMBUNAN 2009-2013

  1. Assalaamualaikum wtb…

    Tahniah & takziah kepada Ketua USIA Bahagian Tambunan (Ust Jumain Abdul Ghani)dan semua jentera kepimpinan USIA Bahagian yang baru dilantik.

    Semoga gerakan kita pada sesi kali ini lebih mantap. Insyaallah. Segala teguran dari pelbagai kalangan ahli perlu kita muhasabah utk survival gerakan USIA sendiri.

    Dalam rapat meja bulat pertama saya sendiri tidak dpt turut serta kerana masalah yg telah dimaklumi. Namun, saya yakin dan percaya pertemuan pertama itu telah menampakkan komitmen drpd semua AJK yg dilantik. Mudah-mudahan kita semua diberi kekuatan merangka, melaksana dan memeta pergerakan organisasi USIA ini dgn lebih tersusun.

    Harapan saya, agar kepimpinan generasi USIA terkini tidak lagi terikut-ikut dgn rentak orang-orang terdahulu. Biarlah kita bentuk wadah tersendiri yg lbh efisyen dan tidak banyak ber-meeting semata-mata tapi lbh kepada perlaksanaan. JAWATAN, imbuhan & klaim bukan matlamat! Mari kita pastikan USIA Bahagian ‘bersih’ dpd tohmahan2 lama dan kita berganding bahu memperbaikinya.

    Maaf kepada veteren no.1 atau veteren no.2 – (meminjam istilah mantan Timb. Ketua Bahagian dlm blognya – MarchOn). Kita hanya perlu sama2 mengubah sentuhan & persepsi lama ke atas USIA Bahagian ke arah yg lebih baik lagi.Insyaallah – ameen.

    Syabas! Bagi kepimpinan yang dulu…
    Tahniah & takziah! Bagi kepimpinan yg baru…

    alfaqiir abu miftah

  2. mudah2an akan ada perubahan , buktikan kita generasi baru boleh memimpin , kalau mereka yang lepas punya kekurangan ..harap jangan berulang pula pada tuan2,

    pun demikian , janganlah kiranya mengharap mereka ini saja , maklumbalas dari semua pihak diperlukan , biar kita berganding bahu demi kebaikan bersama ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s