SEMOGA MEREKA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT


Alamdulillah, sehingga kata-kata kesyukuran ini ditulis pelbagai pihak tampil ke hadapan menyampaikan sumbangan derma dan sedekah untuk diagih-agihkan kepada saudara kita yang kurang bernasib baik.

Saya yakin para dermawan sekalian tidak bersetuju untuk saya keluarkan nama-nama untuk tatapan umum ini, namun bagi saya PERLU untuk didoakan kebaikan oleh para pembaca blog yang lain. Jauh sekali mahu menunjuk-nunjuk mengenai apa yang diperolehi di berikan.

Saya teringat dengan sebuah hadith Nabi berkenaan sedekah/derma ini:-

Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘an  bahawasanya  Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.  (Hadith riwayat Imam Muslim)

Seperti mana yang dapat difahami daripada hadith Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, apabila seseorang telah meninggal dunia, maka terputuslah baginya semua peluang untuk menambah amalan kebajikan dan pahalanya. Sebanyak mana amalan yang telah dilakukan semasa seseorang itu hidup dahulu, maka sebanyak itu sahaja pahala yang akan diterimanya. Dia tidak akan dapat menambah lagi pahalanya setelah dia meninggal dunia melainkan daripada tiga sumber yang terdapat di dalam hadith di atas.

Justeru, jika kita lihat perkara yang pertama yang disebutkan dalam hadith tersebut ialah sedekah jariah iaitu segala infaq,sumbangan,derma danwakaf  yang pernah dijariahkan semasa hidup dahulu, antaranya seperti memberikan makan, minum, keperluan diri, mewaqafkan tanah untuk tujuan kebajikan anak yatim, membina masjid, surau, sekolah dan sebagainya. Selama mana dan selagi mana harta benda ini diguna pakai oleh orang lain selama itulah seseorang yang mewaqafkannya secara  ikhlas kerana Allah SWT akan mendapat pahala yang berterusan kepadanya. Amin!

Saya titipkan para dermawan yang ringan tulang mengamanahkan USIA Bahagian Tambunan untuk menyampaikan sumbangan berkenaan:-

1. YM Ustaz Musally Moksin 2. YM Ustaz Mohd Redhuan Othamn 3. YM Ustaz Mokhtar Daman 4. YM Ustaz Sulaimin Musinin 5. YM Ustaz Najion Jamil 6. YM Ustaz Nahar Haji Matamin 7. YM Ustaz Ramli Haji Roslan 8. YM Ustaz Sakaria Samela 9. YM Ustaz Maarof Haji Hamzah 10. Dr. Muzafar dan Isteri (Kelantan) 11. YM Ustaz Salehudin Rusinin 12. Cikgu Mustafa Malisin 13. Saudara Muhammad Al-Ghazali dan ramai lagi yang tidak mampu saya sebutkan nama mereka di sini.

Semoga dengan derma dan sumbangan tuan-tuan, dapatlah juga saudara kita yang kurang bernasib baik merasai bahawa ada orang yang menyayangi mereka. Amin!

Barang-barang sumbangan dikumpulkan di Pejabat USIA Bahagian Tambunan

Barang-barang sumbangan dikumpulkan di Pejabat USIA Bahagian Tambunan

Sumbangan derma yang diterima

Sumbangan derma yang diterima

Siap sedia untuk diagihkan

Siap sedia untuk diagihkan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s