18 SEPTEMBER 2009: BIRO KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL USIA TAMBUNAN MELAWAT KAMPUNG WIDU


Pada 18 September 2009, selepas Solat Jumaat Biro Kebajikan dan Pembangunan Sosial yang diketuai oleh Ustaz Azmi Haji Sidik akan melakukan lawatan dan seterusnya berbuka puasa bersama dengan penduduk di Kampung Widu Tambunan.

Rombongan beliau akan disertai bersama oleh Ketua Bahagian USIA Tambunan, Ketua Beliau USIA, Ketua Penerangan serta beberapa AJK Biro Kebajikan dan Pembangunan Sosial yang lain.

Lawatan ini sudah menjadi rutin setiap kali menjelang Bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Pada lawatan itu kelak, USIA Bahagian Tambunan akan menyampaikan barangan keperluan asas harian melalui sumbangan derma daripada para dermawan. Sumbangan ini, sekurang-kurangnya mampu meringankan beban malah sekurang-kurangnya mereka merasa diambil perhatian oleh saudara seagama mereka.

Sumbangan akan disampaikan kepada 6 ketua keluarga muslim dan beberapa keluarga non muslim.

Untuk rekod, Kampung Widu merupakan sebuah kampung yang paling jauh dari Pekan Tambunan. Jalanraya yang menghubungkan kampung ini sehingga kini masih berada dalam keadaan tidak berturap.

Kepada yang berkenaan, bila lagi masyarakat mustadafieen ini dibela dengan sewajarnya!