1 SYAWAL: SOLAT SUNAT AIDIL FITRI DI MASJID AL-TAQWA, KENINGAU


Seawal jam 6.30 pagi saya bersama Loqman Al-Hakim ke Masjid Al-Taqwa, Keningau untuk menunaikan Solat Sunat Aidil Fitri.

Kehadiran lebih awal berbanding tahun-tahun sudah. Kalau tidak tempat duduk di tingkat atas akan penuh dan jamaah yang lambat akan duduk di tingkat bawah. Kalau tingkat bawah penuh, tiada pilihan lain halaman masjid jadi pilihan. Namun pilihan terakhir ini kadang-kadang mengundang pelbagai masaalah terutama tidak selesa dan terpaksa berpanas.

Target tahun ini biar dapat duduk di barisan yang dianggap hadapan. Paling tidak pun baris ke 3 hingga 5.

Alhamdulillah saya masih bernasib baik kerana dapat duduk dengan selesa di baris ke 6 selaras dengan mihrab. Saya dengan selesa dan mudah melihat pergerakan Imam dan Khatib di hadapan.

Kehadiran jamaah cukup mengkagumkan. Masjid ini sememangnya terkenal dengan masjid tumpuan selain Masjid Pekan Keningau. Keluasannya lebih besar berbanding Masjid Pekan Keningau. Justeru itu, sekiranya Masjid Pekan Keningau penuh jamaah akan bergegas ke masjid ini.

Solat Sunat Aidil Fitri dimulakan tepat jam 8.00 pagi setelah didahului dengan gemaan takbir seawal selepas Solat Subuh.

Saya teringat ketika pernah menjadi khatib dan Imam di masjid ini sepanjang 2001-2006. Sebanyak 4 kali saya menjadi Imam dan Khatib untuk kedua-dua Solat Sunat ini. Sesiapa yang pernah menjadi Imam dan Khatib untuk kedua-dua perayaan ini, semestinya mempunyai nostalgia menarik yang tersendiri. Saya sudah merasakannya!

Imam dan Khatib yang terpilih memimpin kedua-dua solat ini akan cukup dihormati dan diberi penghormatan yang luar biasa oleh para jamaah. Saya berpendapat sebabnya adalah kerana nasihat dan tazkirah yang disampaikan cukup memberi kesan kepada jamaah yang mendengar. Sebab lain saya tidak tahu!

Imam Solat Sunat pagi tadi dipimpin oleh Tuan Haji Basir Jamal, Imam Daerah Keningau. Manakala Khatib adalah Ustaz Reduan Haji Basir.

Selamat Hari Lebaran Kepada Muslimin dan Muslimat!

————————————————————————————————————————————————-

Saya memohon maaf banyak-banyak kerana tidak sempat membalas SMS sahabat sekalian. Saya mengucapkan berbanyak-banyak penghargaan di atas SMS yang di kirim. (Bagi saya SMS adalah Kad RayaJ)

Mereka yang menghantar SMS adalah,

Encik Hashim Ibrahim (Kota Kinabalu), Encik Hamzah Tahir (Kota Kinabalu), Ustaz Sulaimin Musinin (Keningau), Ustaz Mohd Zaki Laumin (Tambunan), Tuan Haji Hassan Wahab (Kota Kinabalu), Abg Jefry Siman (Kota Kinabalu), Ustaz Faizal Karim (Kuala Penyu), Encik Kipli Aisoh (Kota Kinabalu), Cikgu Rajudin Raju (Tambunan), Ustazah Ainon Mardhiah (Pitas), Puan Habibah Ismail (Menggatal), Puan Masni (Kota Kinabalu), Encik Hamzah Abie (Tambunan), Encik Jahar (Libang), Encik Shamsolo Bharry (Kota Kinabalu), Cikgu Azmi Haji Sidik (Tambunan), Ustazah Zubaidah Abdul Rahim (Tambunan), Aman Palestine (KL), Encik Jalaludin Rahiman (Tambunan), Ustaz Akob Baba (Keningau), Ustaz Rahimudin Diman (Tambunan), Encik Archad Haji Diasin (Tambunan), Kak Nursuhana Abdullah (Tambunan), EncikKhanipah Wahab (Kota Kinabalu), Adik Fauziah (Kota Kinabalu), Encik Janis Abdullah (Tambunan), Encik Jasni Matlani (Kota Kinabalu), Adik Kelly Miandal (Bangi, KL), Ustaz Khairul Md Yusob (Pekan Nabalu), Cikgu Aisyah Mikat (Labuan), Tuan Haji Osman Langkab (Keningau), Adik Fica (Kota Belud), Cikgu Abdul Aziz Banting (Tambunan), Encik Salleh Ag Damit (KK), Ustaz Mohd Akmal Othman (Labuan), Encik Firmanshah Haji Yunus (KK), Ustaz Musally Moksin (Papar), Ustazah Halisah Japin (Keningau), Encik Misnan Warman (KK), Encik Jamiun Osman (KK), Ustaz Naim Majin (Tambunan), Ustaz Lokman Lubis (Keningau), Ustaz Mohd Zairie Deraman (KL), Encik Yunus Aliamat (Kota Marudu), Encik Yahamad Budin (KK), Encik Mamin Nasiri (Keningau), Ustaz Rauf Abas (Ranau), Encik  Asri Penerangan (KK), Ustaz Jadmin Mohd Soon (KK), Ustazah Lamiah Amit (Tambunan) dan ramai lagi.

Terima Kasih atas ingatan!